“So Sweet..” Rai Hari Lahir Aidil Cara PKP, Fasha Sandha Beri Kejutan Istimewa

Hiburan

“So Sweet..” Rai Hari Lahir Aidil Cara PKP, Fasha Sandha Beri Kejutan Istimewa

Pelakon jelita, Fasha Sandha khabarnya telah mengadakan majlis hari lahir kecil-kecilan buat suami tersayang, pelakon Aidil Aziz.

Aidil Aziz Fasha Sandha
3 years ago

Hikmah PKP, Aidil Aziz Dapat Solat Subuh Berjemaah Dan Bersenam Bersama Fasha Sandha

Advertisement

Meskipun hanya diadakan secara sederhana di rumah gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini, majlis tersebut semakin meriah dengan kehadiran anak-anak yang menceriakan hari bahagia itu.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Ujar Fasha, rumah tangga yang dibina bersama Aidil sudah pun mencecah hampir empat tahun dan apa yang diharapkannya adalah hubungan suami isteri antara mereka akan terus mekar dengan rasa cinta.

Menulis ucapan panjang lebar di hantaran Instagramnya, Fasha turut memuji Aidil sebagai seorang bapa yang penyayang dan suami yang baik kerana sering membahagiakan dirinya dan anak-anak.

Pelakon drama Semua Salahku itu juga dilihat memberi kucupan mesra di mulut Aidil bersempena hari jadi suaminya yang ke-34 itu.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memuji kemesraan yang ditunjukkan pasangan ini dan tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa tidak selesa apabila melihat Fasha dan Aidil bercumbu di media sosial meskipun status mereka berdua telah sah sebagai suami isteri.

Terdahulu, Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yang kini berusia setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...