‘So, Boycott Works?…’ – Ramai Puas Hati Kedai Jenama Antarabangsa Kosong, Siap Cadang Sokong Produk Tempatan

Branded

‘So, Boycott Works?…’ – Ramai Puas Hati Kedai Jenama Antarabangsa Kosong, Siap Cadang Sokong Produk Tempatan

Orang Malaysia memang hebat bila bab bersatu padu menentang perkara-perkara yang tak bermoral, tak kira dalam atau luar negara betul tak?

Terbaru, isu tidak menyokong barang jenama antarabangsa yang agak kontroversi telah membanjiri media sosial. Tapi, kita tak nak kupas pasal isu tersebut sebaliknya, kami nak kongsikan cadangan sokongan produk lokal!

Lebih Berbaloi Sokong Produk Tempatan, Bantu Jana Ekonomi Negara

Sapot Lakol

Bila dah tak sokong produk-produk jenama antarabangsa ni, sebenarnya terdapat pelbagai jenis produk tempatan lain yang kita boleh sokong dan beli tau! 

Paling penting, dengan menggunakan produk tempatan, kita mempunyai kebebasan untuk buat resipi sendiri mengikut citarasa dan kesukaan kita.

Contohnya, minuman seperti Vico, kita boleh cipta resipi minuman tersendiri, daripada membeli minum jenama antarabangsa yang jauh lebih mahal dan belum tentu kena dengan tekak kita betul tak? 

Selain itu, bila kita guna produk tempatan ni, bukankah ia suatu inisiatif yang jauh lebih bagus sebab kita juga boleh membantu menjana ekonomi dengan hanya membeli produk tempatan! Haa, untuk kebaikan negara kita juga.

VICO Jenama Lokal Lejen? #YTJT

Alang-alang tengah cakap pasal Vico ni kan, perasan tak Vico sentiasa ada dengan kita selama bertahun-tahun sejak kita kecil lagi?

Anda rasa dah berapa lama Vico mengisi ruang nostalgia di Malaysia? Haa, kalau nak tahu, Vico mula mewarnai kanvas kanak-kanak sejak 1994 lagi tau, bermaksud, masuk saja tahun 2024, Vico genap 30 tahun bersama kita! Ini baru betul-betul minuman lejen!

Ingat lagi masa zaman sekolah dulu, mak-mak mesti akan buatkan air Vico untuk sarapan sebelum pergi ke sekolah. Pergh, nostalgiknya bila ingat balik!

Bukan itu saja, Vico sememangnya menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman sebab ia bukan saja boleh digunakan untuk buat minuman, malah boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk buat pencuci mulut tau! 

 

Biasalah mak-mak ni selalu kreatif betul tak? Ada je resipi baru yang mereka nak buat menggunakan Vico contohnya macam pankek Vico, kek coklat Vico dan macam-macam lagi. Rindunya zaman tu! 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vico Official Malaysia (@vico.malaysia) 

Paling best, bila musim perayaan tiba, mak-mak kita akan suruh beli Vico lebih sikit sebab takut tak cukup untuk buat kuih raya! Kalau bernasib baik, dapatlah lah beberapa paket.

Eh, chop! Siapa dekat sini masa kecil-kecil dulu selalu makan serbuk Vico senyap-senyap dekat dapur atau jadikan serbuk Vico sebagai inti roti, kita geng! Masa tu, kalau boleh tak nak mak-mak tahu pun, kalau tak kena piat telinga beb!

Sedar tak sedar, Vico ni banyak bagi memori indah terutama pada waktu kecil kita kan? Kalau boleh putar masa, nak kembali semula ke zaman dulu dan rasai semula semua kenangan indah!

Eh, daripada imbau kenangan, baik kita buat semula kenangan tu! Jadi, jangan lupa untuk sokong produk tempatan seperti Vico dengan beli di Shopee atau kedai runcit berdekatan!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Vico atau ikuti media sosial di Facebook untuk ketahui lebih banyak promosi menarik!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...