Snek Popular Jepun, Tokyo Banana Halal Atau Tidak?

Travel

Snek Popular Jepun, Tokyo Banana Halal Atau Tidak?

Jepun bukan sahaja negara yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk dijadikan lokasi pelancongan sepanjang tahun, malah oleh penduduk di seluruh dunia.

Antara tarikan utama di Jepun adalah adat dan budaya yang dimiliki, teknologi canggih dan pelik yang tak ada di negara lain, serta tempat-tempat yang sangat indah dan menarik.

Advertisement

Rata-rata pelancong Malaysia yang ke sana menyukai snek Jepun. Bukan sahaja ianya sedap tetapi bungkusannya sangat cantik untuk diberikan sebagai buah tangan kepada kawan-kawan dan juga keluarga.

Antara snek yang terkenal menjadi pilihan rakyat Malaysia ialah Tokyo Banana. Bukan anda sahaja yang berminat dengan snek ini, tetapi pelancong lain juga membeli berkotak-kotak Tokyo Banana di lapangan terbang.

Adakah anda semua tahu Tokyo Banana Halal atau tidak?

Tokyo Banana adalah adalah kek span yang dihasilkan oleh Grapestone Co. Ia mula dijual sejak tahun 1991 dan menjadi salah satu snek yang harus dibeli dari Jepun.

Ramai dikalangan para pelancong menyukai krim yang terdapat di dalam kek yang menggunakan serbuk pisang dengan tekstur yang sangat lembut.

Adakah produk Tokyo Banana halal?

Bagi perisa asli Tokyo Banana adalah tidak Halal kerana ia mengandungi gelatin lembu dan mengandungi sedikit alkohol yang telah dipaparkan pada bungkusan.

Tipsnya: Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi krim atau custard. Ini kerana bahan yang digunakan mengandungi gelatin dan juga alkohol.

Disini terdapat beberapa produk yang terdapat gelatin dan juga alkohol untuk anda semua elakkan.

1. Tokyo Banana (Original Flavour)

2. Tokyo Banana (Honey Flavour)

3. Tokyo Banana Racco (Coffee Milk Flavour)

4. Tokyo Banana Panda (Banana Yogurt Cream)

5. Tokyo Banana Heart (Maple Flavour)

6. Tokyo Banana (Banana Caramel Custard Cream)

7. Tokyo Banana Tree (Chocolate Banana Cream)

8. Tokyo Banana Baumkuchen

9. Tokyo Banana Raisin Sandwich Cookies

Manakala ini pula adalah produk yang tidak mengandungi alkohol dan gelatin tetapi bahan yang digunakan tidak dipastikan:

Tokyo Banana KitKat

Disini terdapat beberapa produk yang boleh dibeli dan Halal untuk dimakan oleh umat Islam.

Produk ini tidak mengandungi alkohol dan juga bebas gelatin. Bukan itu sahaja ia juga tidak menggunakan haiwan. Tetapi produk ini tidak mempunyai sijil Halal, kami sarankan anda untuk beli dengan budi bicara anda sendiri.

Untuk pengetahuan semua kepastian tentang semua produk ini disemak terlebih dahulu di laman rasmi Tokyo Banana dan dari pelbagai sumber atas talian.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, lawati laman web mereka untuk melihat senarai produk berserta isi kandungan bagi setiap produk.

1. Tokyo Banana Castella Cake

2. Tokyo Banana Castella Cake (Maple Flavour)

3. Tokyo Banana Tree langue de chat Cookie “Ai & Sachi” & Tokyo Banana Tree langue de chat Cookie “Syally Mate”

4. Tokyo Banana Pie

5. The Strawberry Cake from Ginza

6. Ginza Sweet Heart Tree langue de chat Cookie Strawberry “Syally Mate”

7. Tokyo Banana Gaufrette

Walaupun Tokyo Cake tidak Halal, terdapat keluaran snek lain yang boleh dibeli untuk diberikan kepada orang tersayang sebagai cenderehati.

Snek ini tidak diketahui status Halalnya, kami sarankan anda lihat terlebih dahulu dan baca isi kandungan sebelum beli.

Jika anda sedang bercuti di Jepun, gunakan Google Translate kamera. Apa yang anda perlu lakukan ialah, ambil gambar isi kandungan produk dan ia akan mentafsirkan kepada anda.

Walaupun ia tidak tepat 100% tetapi anda masih mengecam beberapa bahan utama yang digunakan seperti gelatin dan juga alkohol.

Jadi kepada anda yang akan ke Jepun dalam masa terdekat ini, harap ia dapat membantu sebelum anda mencuba sesuatu produk di sana.

Sumber: Have Halal Will Travel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...