“Smelly Anchovies!”, Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak Dalam Penerbangan

Trending

“Smelly Anchovies!”, Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak Dalam Penerbangan

Jangan main-main dengan kuasa viral netizen di Malaysia ni! Baru-baru ini, seorang wartawan luar negara memuatnaik hidangan nasi lemak yang dibelinya di dalam penerbangan British Airways. Katanya, kenapa syarikat penerbangan itu memilih untuk menghidangkan hidangan seperti itu di dalam penerbangan.

Disebabkan tak puas hati dengan makanan yang dihidangkan, dia memuatnaik gambar nasi lemak itu bersama kata-kata tak puas hatinya di Twitter. Dia turut memberikan rate 0/10 untuk nasi lemak itu! Kalau tak suka, kenapa order…

Advertisement

Sudah tentunya perkongsiannya itu mendatangkan kemarahan pencinta nasi lemak kerana wartawan itu sebenarnya tak kenal pun makanan itu sebenarnya nasi lemak. Sebagai salah satu hidangan kebanggaan Malaysia, ramai yang tak puas hati dengan sikapnya yang tidak menghormati hidangan itu.




Disebabkan isu ini juga, nampaknya #NasiLemak juga sedang trending sekarang ini di Twitter Malaysia. Haa.. jangan main-main! Mungkin rakyat Malaysia boleh menjemput wartawan ini melawat Malaysia untuk merasai sendiri nasi lemak yang terbaik di sini.

Wartawan ini mungkin tidak tahu yang ada seorang YouTuber ‘Mat Salleh’ sanggup terbang jauh dari Greece ke Malaysia untuk makan nasi lemak. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Saya Peminat Nasi Lemak”, YouTuber Ini Terbang Sejauh 9600km Ke Malaysia Demi Nasi Lemak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...