“Smart Woo!” – Netizen Malaysia Bangga Suara Ryan Bakery Diguna Oleh ‘Official Account’ TikTok Kelab Manchester United

Hiburan

“Smart Woo!” – Netizen Malaysia Bangga Suara Ryan Bakery Diguna Oleh ‘Official Account’ TikTok Kelab Manchester United

Rasanya semua sudah kenal dengan TikTokers bernama Ryan Bakery yang cukup popular di platform media sosial TikTok dengan konten-kontennya yang membuatkan warganet terhibur.

Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Fahmi Bin Bakery, sejak kebelakangan ini sering menjadi topik utama bualan orang ramai.

Advertisement

Baru-baru ini, kecoh apabila satu akaun kelab bola sepak terkenal dunia, Manchester United yang mempunyai 6.7 juta followers di platform media sosial berkenaan menggunakan suara Ryan sebagai sound dalam satu video mereka.

Di dalam video itu, ia memaparkan pemain bernama Jadon Sancho sedang beraksi ketika menentang kelab Liverpool dan berlatar belakangkan suara Ryan menyebut “Pehh smart woo, macam mana dia buat wei.. dia lipat woo.. huishh smart giler”.

Sememangnya hal itu telah menarik perhatian netizen dan apabila meninjau di ruangan komen video terbabit, ramai pengguna TikTok dari Malaysia menonton video itu berasa terkejut kerana kelab ternama menggunakan suara Ryan sebagai sound dalam video itu.

komen netizen

komen netizen

Malah, pemilik suara berkenaan turut tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen dan terkejut apabila suaranya digunakan oleh akaun Manchester United.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ryan bakery rezeki terpijak
2 years ago

(VIDEO)"Boleh Buat Belanja Kahwin"- TikTokers Ryan Bakery Dapat 'Gift' Singa, Netizen Teruja Anggap Rezeki Terpijak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...