SM Universe Cari Bakat Muda Dari Malaysia! Ini Peluang Anda Untuk Jadi Bintang K-Pop!

Hiburan

SM Universe Cari Bakat Muda Dari Malaysia! Ini Peluang Anda Untuk Jadi Bintang K-Pop!

Yeoreobun! Ini adalah satu-satunya peluang yang ada untuk anda merealisasikan impian menjadi seorang bintang K-Pop! 

Selepas kejayaan besar di Jakarta awal tahun ini, pertandingan SM Universe K-Pop Rising Star Search kini akan mendarat di Malaysia Disember 2025, dan akan diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC). 

Advertisement

Sebagai akademi latihan K-Pop yang terunggul di Asia Tenggara, SM Universe (Singapura) telah menyediakan pelbagai jenis latihan menyerupai industri K-Pop, dari vokal, tarian, penghasilan muzik, hinggalah ke persembahan pentas. 

Dengan gelombang bakat muda yang semakin berkembang di seluruh rantau ini, edisi Malaysia kali ini akan memfokuskan pada bakat tarian muda, menjanjikan platform yang lebih menarik untuk menyerlahkan sisi bintang K-Pop anda! Bestnya!

Kalau anda berminat untuk menyertai pencarian ini, apa yang perlu dibuat adalah hantar video solo K-Pop dance cover berdurasi 60 saat DI SINI

Yuran pendaftaran untuk Edisi Malaysia adalah RM150 untuk Early Bird (bermula sekarang sehingga 31 Oktober) dan RM200 untuk Standard (pada 1 November 1 sehingga 30 November).

Finalis yang berjaya berentap di pentas utama akan diumumkan pada 5 Disember 2025, Pusingan Separuh Akhir akan berlangsung pada 20 Disember 2025 manakala Pusingan Akhir akan berlangsung pada 21 Disember 2025 di DPAC.

Chop, chop, chop! Siapa yang layak untuk sertai SM Universe K-Pop Rising Star Search? Pertandingan ini terbuka kepada mana-mana rakyat Malaysia berusia 8 sehingga 18 tahun.

Audition SM EntertainmentSumber : KL  

Pemenang bertuah akan menerima biasiswa latihan eksklusif selama seminggu di SM Universe Singapura, bernilai sehingga SGD 1,500. 

Bukan itu saja, anda juga akan dilatih terus bersama jurulatih pakar daripada SM Universe dari Korea Selatan tau! 

Jadi, tunggu apa lagi? Realisasikan impian anda untuk menjadi bintang K-Pop sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...