SM Faisal Nasimuddin Beri Kad Kredit Setiap Seorang, Yakin Anak-Anak Bijak Urus Kewangan

Hiburan

SM Faisal Nasimuddin Beri Kad Kredit Setiap Seorang, Yakin Anak-Anak Bijak Urus Kewangan

Ahli perniagaan terkenal, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang sebelum ini didakwa tidak memberikan nafkah mencukupi buat anak-anak oleh bekas isteri, Emilia Hanafi dilihat ada memuat naik hantaran mengenai anak-anaknya di Instagram.

Dalam ‘posting’ itu, Faisal memaklumkan bahawa dia ada memberi setiap seorang anaknya kad kredit bagi kegunaan mereka.

Advertisement

Katanya, dia percaya ketiga-tiga orang anaknya itu mampu menguruskan sendiri perbelanjaan harian mereka.

Ia milik awak semua untuk kegunaan anda, tapi Daddy yakin awak semua akan menggunakannya dengan bijak bagi tujuan keperluan sekolah, kolej dan peribadi.

Sekarang anda uruskan perbelanjaan masing-masing sendiri. Gunakan sebaiknya, berjimat dan gunakan sedikit untuk pelabura sebelum berbelanja.

Pesan Faisal lagi, dia akan sentiasa berada di sisi anak-anak dan hanya perlu hubunginya bila mereka memerlukan seorang ayah di sisi.

Terdahulu, Faisal pernah berkongsi foto di mana dia ada memberi hadiah buat anak-anak kesayangan beberapa produk mewah Apple seperti iPad, iPhone, Apple Watch dan pelbagai lagi.

Diana Dianelle Farid Kamil
2 years ago

"Diana Ada Hak.." - Isteri Bayar Sewa, Farid Kamil Tak Dibenarkan Masuk Rumah Dan Bertemu Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...