Written by Bella | September 1st, 2015

Sedang berada di puncak didalam karier nyanyian mereka, timbul pula berita bahawa kumpulan duo popular Sleeq kini sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing. Namun, ada khabar angin mengatakan punca perpecahan kumpulan tersebut adalah kerana timbulnya salah faham yang berpunca daripada isteri masing-masing.

Alyph dalam satu temubual bersama akhbar Utusan mengesahkan #1 adalah single terakhir daripada Sleeq tetapi beliau menafikan mereka berpecah kerana  isteri mereka bergaduh.

Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada ALIF sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya. Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar. Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing.

Selepas ini,  Alyph yang sudah mempunyai studio rakaman beliau sendiri tetap akan meneruskan kerjaya nyanyian beliau secara solo dan Syarif pula akan lebih fokus kepada perniagaan beliau di kota Singapura.

Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura. “Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan.

Namun secara positifnya bila sudah berkahwin kami tahu tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sumber kewangan kami kukuh, jadi ini adalah cara terbaik buat kami ketika ini.

Agak sayang sebenarnya melihat  Sleeq berpecah kerana mereka betul-betul tengah popular sekarang, tetapi mungkin mereka ingin lebih berdikari dan melihat  sejauh mana kemampuan diri mereka untuk terus berjaya luar  daripada zon selesa sebelum ini. Kami harap anda berdua berjaya dalam apa sahaja yang ingin dilakukan.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Sleeq Sudah Berpecah Disebabkan Isteri?

  1. Anonymous says:

    gadoh sebab ape ?

    0

    0
    • kiki artifa says:

      kenapa cakap dorang bergaduh. kan dah cakap tak. awak ni memamng penyebar fitnah la. cuba pergi masjid blajar agama sikit

      0

      0
      • kiki artifakkkk bodoh says:

        amboi confirm ke ko pegi masjid setiap waktu ? aku pn nak tau gak bini dorang ni gadoh sebab ape

        0

        0
  2. kiki artifa says:

    alahai sayang nya. knape berpecah. please sleeq jangan berpecah. kita harap korang berdua berbaik-baik. jangan gaduh-gaduh. ingat zaman abang sharif dengan abang alyph mula nyanyi dulu. bersusah payah bangunkan sleeq. pleazzzz. buat abang sharif, please jangan berhenti nyanyi. kita tak kisah pun pasal abang kahwin ke pe. kita sukakan suara abang ja.

    0

    0
  3. che ton says:

    fahami statement ni…. “Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan”.

    0

    0
  4. unknown says:

    SAYANGNYAAAAA!

    0

    0
  5. AWAL bodoh says:

    sampai sekarang aku x taw mana satu alyph mana satu syarif…..ntah la kome…

    0

    0
    • minah jambu says:

      yg tingi tu sharif yg pendek sikit tu alyph…biasa la kena kontrol ngan bini terpaksa la dorang dua ni ikot haluan masing2 …kalau dh ada bini itu tk boleh ini tk boleh padahal laki cari duit untok nk kasi senang bini …bini asek2 tanye awak kat mana ? awak kat mana ? hari2 asek tanye cngaini laki boleh mampos siak !! jadi nk taknk terpaksa la dorang bubarkn ini kumpulan sayang kan ? masa lom kawin mana laki nk pegi buat show boleh n ok aje…bila dh kawin teros jadi macm sial huh hipokrit punye bini huh !

      0

      0
  6. zaza says:

    so thniah lah kpd korg berdua…sebb bini punya hal. korang bubar.korang terus masukkan pasir dlm periuk nasi sendiri. bukan dsbbkn org lain tp sbb diri sendiri. so pndai2lah nk cari mkn pasnie. ingt ya. sejarah dh membuktikan artis2 yg asalhnya dalam kumpulan pastu berpisah terus kerjaya jadi suam2 kuku. apa dh jadi dgn meet uncle hussein? hyper act? so pikir2 lah sendiri. terima kasih lah kpd ramlah ram yg mula2 mempopularkan korang dulu.
    skrg semuanya jadi sia2.
    #ikhlas dari peminat setia sleeq.

    0

    0
  7. Rahimah says:

    I suka komen u zaza

    0

    0
  8. sleeqmovement says:

    Saya merupakan peminat sleeq dan agak sedih dengan keputusan mereka tetapi kita kena hormat. Pada pandangan saya, bila alif cakap “Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan”. Beliau bermaksud mereka memerlukan kewangan yang lebih kukuh memandangkan mereka sudah berumah tangga dan masing-masing mempunyai komitmen yang besar. Syarif juga bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi dalam masa yang sama perlu memberi perhatian dengan perniagaannya yang sedang membangun. Insya Allah, saya rasa mereka ada sebab yang tersendiri dan ianya adalah sesuatu yang positif. Mereka merupakan sepupu dan telah berkawan sejak kecil, jadi saya tak yakin mereka akan mensia-siakan sesama sendiri. Apapun kita doakan kejayaan mereka berdua. Sentiasa menyokong sleeQ

    0

    0