Sleeq Sudah Berpecah Disebabkan Isteri?

Hiburan

Sleeq Sudah Berpecah Disebabkan Isteri?

Sedang berada di puncak didalam karier nyanyian mereka, timbul pula berita bahawa kumpulan duo popular Sleeq kini sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing. Namun, ada khabar angin mengatakan punca perpecahan kumpulan tersebut adalah kerana timbulnya salah faham yang berpunca daripada isteri masing-masing.

Advertisement

Alyph dalam satu temubual bersama akhbar Utusan mengesahkan #1 adalah single terakhir daripada Sleeq tetapi beliau menafikan mereka berpecah kerana  isteri mereka bergaduh.

Benar #1 adalah single terakhir dari Sleeq, malah saya juga akan menukar nama saya kepada ALIF sahaja selepas ini. Tiada lagi Sleeq di belakang nama saya. Namun bab kerana isteri kami bergaduh sampai bubarkan Sleeq memang tidak benar. Apa yang menyebabkan kami pergi arah bertentangan kini adalah disebabkan komitmen masing-masing.

Selepas ini,  Alyph yang sudah mempunyai studio rakaman beliau sendiri tetap akan meneruskan kerjaya nyanyian beliau secara solo dan Syarif pula akan lebih fokus kepada perniagaan beliau di kota Singapura.

Saya anggap ini perkara biasa, cuma selepas ini tiada lagi Sleeq memandangkan saya akan meneruskan karier nyanyian secara solo manakala Syarif pula akan memberi tumpuan buat perniagaannya di Singapura. “Kalau mahu kata perkahwinan juga sebagai perpecahan kami, saya tidak mahu nafikan.

Namun secara positifnya bila sudah berkahwin kami tahu tanggungjawab masing-masing dalam memastikan sumber kewangan kami kukuh, jadi ini adalah cara terbaik buat kami ketika ini.

Agak sayang sebenarnya melihat  Sleeq berpecah kerana mereka betul-betul tengah popular sekarang, tetapi mungkin mereka ingin lebih berdikari dan melihat  sejauh mana kemampuan diri mereka untuk terus berjaya luar  daripada zon selesa sebelum ini. Kami harap anda berdua berjaya dalam apa sahaja yang ingin dilakukan.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...