Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sleeq Bakal Tamatkan Zaman Bujang Selepas Syawal Tahun Ini

Berita gembira buat para peminat ahli kumpulan Sleeq yang dianggotai oleh Syarif dan Alyph. Kedua-dua jejaka ini telah mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan masing-masing selepas Hari Raya kelak. Syarif bakal berkahwin dengan Malaque Mahdaly, seorang chef pada bulan November manakala Alyph akan bergelar suami kepada Azzah Fariha, seorang guru pada September ini.

sleeq

Advertisement

Abang Nara pasti ramai gadis di luar sana yang patah hati mendengar berita ini. Namun perkahwinan adalah satu lumrah dalam kehidupan. Kalau sudah bertemu jodoh, siapalah kita untuk menghalang. Lebih baik doakan semoga kebahagiaan menjadi milik mereka buat selama-lamanya. Bak kata Alyph menerusi Harian Metro:-

Apa yang terjadi dalam kehidupan saya dan Syarif yang sudah bertemu jodoh ini adalah lumrah kehidupan manusia normal. Justeru keputusan untuk mendirikan rumah tangga adalah wajar dan kami juga sudah bersedia.

sleeq

Semoga segala persiapan Syarif dan Alyph berjalan dengan lancar. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum hari bersejarah anda berdua. Yang penting, jangan lupa jemput para peminat ke kenduri perkahwinan anda. Abang Nara yakin ramai yang mahu melihat anda bersanding di atas pelamin. Apa pun, tahniah diucapkan atas berita gembira ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top