SKY Castle Drama Korea Yang Merekodkan Tontonan Paling Tinggi Dalam Sejarah

Trending

SKY Castle Drama Korea Yang Merekodkan Tontonan Paling Tinggi Dalam Sejarah

skycastle

Adakah anda peminat drama-drama Korea? Jika jawapan anda ya, sudah pasti anda pernah mendengar nama drama ini. SKY Castle drama yang dipertontonkan di saluran JTBC dari November 2018 hingga Februari 2019. Ia mencipta rekod drama siri di Korea apabila mencatat jumlah tontonan paling ramai di Korea. Bahkan, ketika siri ini ditayangkan di televisyen ada rumor mengatakan jalan-jalan di Korea semuanya lengang. Betapa hebatnya drama bersiri ini.

Advertisement

Drama SKY Castle berkisar tentang keluarga-keluarga elit di Seoul yang tinggal di satu kawasan bernama SKY castle. Setiap keluarga di kawasan tersebut bersaing untuk membolehkan anak-anak mereka diterima masuk ke Universiti elit di Korea terutamanya Seoul University dalam bidang perubatan. Dalam persaingan mereka itu terdapatlah cerita-cerita dan pelbagai ragam terutamanya kepada golongan ibu-ibu. Untuk mengetahui lebih lanjut drama ini anda bolehlah layan drama siri 20 episod ini yang akan menguji kesabaran anda untuk mengetahui cerita dalam episod-episod berikutnya.

Pada asalnya SKY adalah akronim yang digunakan oleh orang-orang Korea untuk 3 university paling berprestij di Korea iaitu Seoul National University, Korea University dan Yonsei University. Mereka beranggapan bahawa sesiapa yang diterima masuk ke 3 university tersebut akan mempunyai masa depan yang cerah dan status social yang tinggi. Ramai ahli-ahli politik, doctor-doctor, peguam-peguam dan juga artis-artis terkenal yang lahir dari 3 university SKY ini.

SKY Castle dibintangi oleh Yum Jung-ah, Lee Tae-ran, Yoon Se-ah, Oh Na-ra and Kim Seo-hyung. Pada asalnya tajuk drama ini adalah Princess Maker namun ditukar saat-saat akhir kepada SKY Castle. Terdapat 5 OST untuk drama ini diantaranya ialah It Has To Be You dan We All Lie. Kebanyakan pengambaran drama ini dibuat di Yongjin, wilayah Kyeonggi.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...