Skrip Filem Frontliner ‘Ke Laut Dalam’, Azhan Rani Hanya Tenang Jawab Kritikan Netizen

Hiburan

Skrip Filem Frontliner ‘Ke Laut Dalam’, Azhan Rani Hanya Tenang Jawab Kritikan Netizen

Nampaknya lakonan pelakon berkaliber, Azhan Rani tidak menjadi dan mencapai standard apabila penampilannya sebagai doktor dalam naskah terbaharu, Frontliner teruk dikritik netizen dan juga peminat filem tempatan.

azhan rani
6 bulan lalu

'Aku Nak Buat Apa Lagi?' - Azhan Rani Kecewa Tiada Maklum Balas Tentang Vaksin COVID-19

Advertisement

Ujar Azhan, dia menerima pelbagai cabaran ketika menjayakan watak tersebut kerana terpaksa berpanas dalam pakaian perlindungan diri (PPE).

Dia juga berasa akur dengan selera penonton serta tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Advertisement

Saya tak nafikan apa yang orang cakap, setiap lakonan mungkin ada orang suka dan tak suka. Cuma saya ambil positif kerana niat asal cerita itu untuk mengangkat tema semangat frontliners..kita hormat dan rasa terima kasih kepada mereka.

Azhan juga tampil memohon maaf mengenai kekurangan dalam lakonannya di samping cuba untuk memandang segala kritikan daripada sudut positif kerana masih ada yang menerima baik filem tersebut berbanding kritikan negatif.

Antara ayat yang dilemparkan individu itu adalah “skrip ke laut dalam, boring, apa benda nak tunjuk entah dekat watak Azhan Rani. Korang rasa macam mana?” di mana ianya telah dimuat naik menerusi sebuah hantaran Facebook, semalam.

Komen FBSumber : Facebook  

Dalam pada itu,Azhan mendedahkan bahawa terlalu banyak benda yang terbatas dalam menjayakan filem itu seperti ketiadaan hospital sebenar dan uniform pihak berkuasa seperti polis dan askar sehingga terpaksa dibuat sendiri oleh kru penggambaran.

Malah, Azhan juga tidak dimaklumkan bahawa filem tersebut akan ditayangkan di saluran berbayar Netflix.

Sekadar info, filem Frontliner merupakan karya arahan Razif Rashid dan telah mula ditayangkan di Netflix bermula 30 September lalu.

Selain Azhan, filem itu turut dibintangi pelakon lain seperti Emma Maembong, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah, Achey dan Ashraf Muslim.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. dina

    October 8, 2021 at 2:49 pm

    baru lepas tgk..tak rasa sgt tgk cerita..lebih kepada kelelahan frontliner yg di dokumentarikan. ntahla tak tau nk described macam mane..haha

  2. tecit

    October 5, 2021 at 10:40 am

    too much to komen that ended up mls nk taip sbb byk sgt. ape yg boleh disimpulkan, terlalu nak menggarap tang sedih terhadap keluarga tu smpai benda patot logic jd xlogic (lepas mandi still boleh peluk mak). tang salah sop bukak ppe tu paling klako. mcm xpnh nampak doc2 buat perkongsian kt tiktok belambak. xkn xpnh tgk. kot ye pon nak bg nmpk kelelahan doc tu time bukak ppe still kene ikot sop.

Leave a Reply to dina Cancel reply

Loading...