Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa yang terlibat dalam sekatan akses pengguna Internet dari melayari artikel mengenai kangkung yang disiarkan oleh laman berita Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Namun, sekatan akses tersebut dikatakan hanya memberi kesan kepada pengguna jaringan jalur lebar milik TM.
The Malay Mail Online melaporkan Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman menafikan bahawa agensinya yang menyekat akses tersebut dan mendakwa bahawa tiada sebarang halangan berlaku kepada pelayar Internet dari terus melayari Internet.
Sementara itu, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat TM, Asma Abdul Aziz pula menyatakan bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan media selepas siasatan itu.
Tinjauan Astro AWANI pula mendapati, pelayar Internet tiada masalah untuk melayari berita yang dipaparkan dalam laman berita BBC.
Malah, laman sesawang pengguna teknologi, Lowyat.NET juga telah mengemaskini maklumat menerusi lamannya dan akaun Twitter dengan menyatakan bahawa artikel kangkung yang dipaparkan menerusi laman berita BBC kini telah boleh dilayari.
Semalam, ribuan pelayar Internet hampa kerana gagal untuk ‘menembusi’ artikel kangkung yang disiarkan di laman berita BBC.
Kegagalan untuk melayari artikel itu kerana halangan akses itu disifatkan sebagai halangan yang telah melanggar Rang Jaminan MSC Malaysia yang memperuntukkan bahawa ‘tiada penapisan Internet’
Sumber: Awani
p/s kami rasa kukubesi patut keluarkan baju ni. design sangat menarik.