Pelakon Puteri Balqis boleh dikatakan seorang yang sangat digemari ramai kerana lakonan hebat yang sering dipaparkan di kaca televisyen.
Beberapa bulan yang lalu, nama Puteri Balqis sering menjadi topik utama bualan orang ramai kerana cara pemakaiannya yang didakwa agak keterlaluan untuk seseorang yang beragama Islam.
Bukan saja didakwa seksi, malah dia juga dilabel sebagai seseorang yang ‘liar’ hinggakan ibunya dikatakan tidak tahu menjaga anak.
View this post on Instagram
Apabila meninjau di halaman Instagram, boleh dikatakan pelakon terbabit sudah semakin berani memakai pakaian yang lebih seksi dari yang dahulu.
Semua foto yang di muat naik memaparkan Puteri Balqis memakai pakaian pendek-pendek serta sedikit terdedah.
Barangkali tidak mahu menerima komen-komen kecaman daripada netizen, pelakon drama Akulah Balqis itu memilih untuk menutup ruangan komen.
Bukan hanya pakaiannya saja mendapat perhatian, malah selebriti itu terlihat menindik bibirnya namun tidak pasti sama ada itu hanya untuk lakonan sahaja ataupun tidak.
Kita doakan saja agar perjalanan adik Puteri Balqis sentiasa diberkati ok!