Skim ‘Zero Down Payment’ Tidak Sah Di Sisi Undang-Undang

Trending

Skim ‘Zero Down Payment’ Tidak Sah Di Sisi Undang-Undang

Bila sudah ada pekerjaan ramai yang teruja untuk memiliki pula kenderaan sendiri. Kata orang, jenama kereta apa yang dibeli menunjukkan tahap kejayaan seseorang. Pelbagai juga tawaran yang diberikan oleh pengedar kereta, tapi yang paling mendapat minat ramai bila ada promosi ‘zero down payment’. Memang seronok dapat beli kereta idaman tanpa keluar duit muka yang beribu jumlahnya kan?

Advertisement

Namun, jangan mudah tertipu dengan skim ini. Tahukah anda, penjualan tanpa deposit kepada pelanggan adalah menyalahi undang-undang negara dan ia cuma taktik untuk mengaut keuntungan berlipat ganda. Dalam erti kata lain, cubaan untuk memanipulasi pelanggan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor Azman Adam berkata, tawaran ‘zero down payment’ itu akan menarik lebih ramai pembeli kerana tidak perlu menyediakan simpanan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga kenderaan berkenaan.

Ada antara penjual kereta dikesan memanipulasi harga menerusi ciri dan reka bentuk kereta sebelum menawarkan kaedah pembelian tanpa deposit kepada pelanggan.

Jika pembeli ditetapkan membayar 10 peratus wang pendahuluan daripada harga kenderaan, ia menunjukkan keupayaan pembeli untuk membayar harga bulanan dan juga mampu mengurangkan komitmen bulanan pembeli. Selain itu, ia dapat mengelak pembeli disenarai hitam atau diisytihar bankrap sekiranya bayaran bulanan tinggi.

Untuk pengetahuan anda, berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang daripada satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian. Mana-mana syarikat  yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...