Skim Piramid Terbaru Sasar Pelajar Universiti/Kolej: Ada Kelas Basic, Intermediate Dan Advanced!

Trending

Skim Piramid Terbaru Sasar Pelajar Universiti/Kolej: Ada Kelas Basic, Intermediate Dan Advanced!

Aku bukan nak jatuhkan “member” tapi cukuplah jadi pengajaran! Pelajar terutamanya kolej atau universiti, tolong berhati-hati dengan kenalan kamu semua yang tiba-tiba ajak kamu semua lepak/ main boling or tengok wayang untuk  perniagaan digital dia sebab ini adalah SCAM.


Advertisement

Straight forward, ini cara mereka :

  1. Tanya kau ada masa lapang atau tak kemudian ajak kau lepak, sama ada main boling atau tengok wayang atau pergi ice skating. Tapi semua ni kau bayar sendiri.
  2. Cara mereka nak tarik minat mangsa baru adalah COMMUNITY BOND, pala hotak dia
  3. Macam mana dia tarik minat? Dengan menunjukkan komuniti mereka ni hebat, dapat pendapatan besar, bonding kuat. Bullshit itu semua. Kamu semua jangan percaya depa ni.
  4. Selepas semua ni habis, depa ajak lepak mamak. Ingat nak payung hahaha dasar MLM gampang, bayar sendiri lah weh.
  5. Kemudian, bakal mangsa ni depa akan datang dekat anda, tanya macam mana tadi main boling okay ke tak, perasaan seronok tak main dengan depa? Dalam hati aku masa tu “FY MLM SCAMMERS” tapi aku acah cool aku dengar saja si penipu ni bercakap tentang pendapatan sebulan RM 22,000 lah.

Dah pergi mampus, please.

  1. Bahagian paling ditunggu telah tiba, depa perkenalkan kelas pemasaran digital depa! Ada basic, intermediate dan advance. Masing-masing lain harga, weh gampang, kau scam semua benda ni harga ribu-ribu padahal ilmu percuma banyak dekat Internet hahhaaharam ya perangai.
  2. Kemudian, depa tanya baki akaun, aku jawab lah rm4k padahal aku tak ada duit pun bodoh ahhahahaha. Terus depa yakinkan suruh aku ambil kelas depa tu.

Siap suruh pinjam duit lagi dekat member or parents like wtf? Aku masih mampu bersabar tau waktu ni.

  1. Aku ni memang mudah makan pujuk rayu tapi aku bukan bodoh nak percaya MLM gampang ni. Aku rasa ralat gila sebab yang scam ni bukan orang lain, orang yang aku kenal. Tapi sebab duit sanggup scam orang? Weh serius? Kau pelajar kot weh! Berapa banyak kau makan duit haram?
  2. Depa ni takkan mengalah dan jenis desak dengan pujuk rayu masuk business, siap ada business team sendiri. weh, tolonglah.

 Sorry to say, dekat story whatsapp mereka akan upload benda positif tentang pendapatan, tentang duit. Aku rasa ralat sebab okay, MANA KEKAYAAN KAU TU?

  1. Mereka ni, cara nak yakinkan kamu semua, mereka akan muat naik gambar pergi makan malam kononnya syarikat mereka ni, pergi tempat mahal-mahal bercuti, makan mewah dekat hotel.

Nak tunjuk MLM mereka ni berjaya jadikan mereka kaya. HAHAHHA weh dah bayar ke RM 10,000 pinjam dari member lain tu?

Tolong lah wahai pelajar yang bijak, jangan jadi mangsa MLM ni, ya kita memang susah dalam kewangan tapi fikir logiklah yang benda ni SCAM saja.

Lagi menyusahkan, MLM = SKIM PIRAMID = SCAM = DUIT HARAM. Tak berkat duit tu weh. Jangan macam-macam.

Aku tak nak dedahkan siapa yang approach aku tu, siapa makan cili dia rasa pedas. Tapi ini syarikat yang SCAM tu :

MOH ACADEMY. Siapa founder dia? Mereka panggil Abang Nash. HAHAHAAHA.

Ketahuilah mereka ni bullshit. Kawan tak kawan, tak payah percaya cakap mereka. Atas doa mak aku selamat! T_T

Sumber: @syafikamhmud di Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...