Bersempena musim perayaan ini, jenama penjagaan kulit terkemuka dunia, SK-II telah pun melancarkan botol edisi terhadnya iaitu SK-II Facial Treatment Essence – Change Destiny Limited Edition.
Produk ikonik SK-II Facial Treatment Essence ini telah melalui satu perubahan yang amat mengkagumkan menerusi “makeover” ini dengan 3 mantra unik Change Destiny yang tertera pada botol-botol edisi terhad ini. Mantra-mantra tersebut ialah:-
1. “Be the Person You DECIDE To Be”
2. “CHANGE is in All of Us”
3. “DESTINY is a Matter of Choice”
Dengan berlatarbelakang botol berwarna putih, edisi terhad Change Destiny ini dilancarkan untuk mengalakkan wanita untuk terus komited dan menyerlahkan personaliti diri dengan mana-mana botol yang bersesuaian dengan identiti mereka. Turut serta di dalam kempen #YourStatementYourBottle ini ialah penyanyi China Dou Jing Tong, ahli kumpulan Girl’s Generation Choi Soo Young dan juga pelakon terkenal Jepun, Haruka Ayase. Mereka bertiga telah bergabung di dalam video di bawah untuk menghidupkan semangat #ChangeDestiny oleh SK-II ini.
1. Set SK-II Skin Revitalizing– RM 870
2. Set SK-II Radiant Aura – RM 1,212
3. Set SK-II Youthful Beauty– RM 1,252
Selepas memiliki Botol Edisi Terhad SK-II Facial Treatment Essence ini, jangan lupa untuk berkongsi “statement” anda di laman sosial menerusi hastag #ChangeDestiny dan juga #YourStatementYourBottle. Maklumat lanjut layari www.sk-ii.com.my.