June 15th, 2016

Siti Sarah dan Shuib Sepahtu mungkin bukan pasangan yang menjadi “favourite” ramai, tetapi tindakan Shuib yang menghadiahkan Sarah sebuah rumah sempena kelahiran anak ketiga mereka mendapat perhatian netizen sejak semalam.

Menerusi akaun Instagram Sarah, beliau telah memuat naik foto berserta kapsyen mengucapkan syukur atas pemberian tersebut.

Pada awalnya Sarah menyangka Shuib sudah lupa untuk memberi beliau hadiah kerana ia agak lewat daripada kebiasaannya.

Setiap kali aku melahirkan anak si suami pasti akan bagi hadiah… Tapi pelik tahun ni ingatkan tak de hadiah tapi tahun ni hadiah paling besa die bagi RUMAH .. Sukur di bulan mulia ni dapat hadiah paling besar .. Syukur alhamdulillah @shuibsepahtu thank you LOVE

Pengorbanan Siti Sarah yang bertarung nyawa untuk melahirkan anak adalah sesuatu perkara yang tiada nilai gantinya. Ini adalah tanda Shuib yang menghargai setiap penat lelah isterinya. Beruntung Siti Sarah..


Comments are closed.

Loading...