October 21st, 2016

Bertahun lamanya kita tidak melihat penyanyi Siti Sarah Raissuddin muncul didalam mana-mana acara hiburan ataupun melakukan persembahan. Namun, kemunculan Siti Sarah menerusi program Gegar Vaganza 3 membuat ramai terpukau dengan persembahan beliau yang agak mantap.

Malah, Siti Sarah dapat mengungguli tangga teratas selepas konsert pengenalan GV3 tamat.

Menerima pelbagai komen positif, Siti Sarah terharu apabila wartawan dan peminatnya masih lagi menyokong beliau.

Selama tempoh senyap itu selain fokus pada keluarga saya banyak bermuhasabah diri. Banyak kesilapan telah saya lakukan sepanjang menyanyi dahulu.

Saya ini manusia biasa, tak lari daripada melakukan kesilapan, termasuk mungkin ada perbuatan saya yang menyakitkan hati orang lain.

Bertemu kembali rakan-rakan media, saya sangat terharu kerana mereka banyak membantu menaikkan nama saya suatu ketika dahulu. Sokongan pihak media berterusan apabila saya menyertai GV3.

Pada masa yang sama, Siti Sarah juga meluahkan rasa syukur kerana cukup bahagia bersama suaminya Shuib Sepahtu. Menurut Siti Sarah, Shuib banyak mengajar beliau tentang erti kehidupan.

Suami sebenarnya banyak mengajar saya erti kehidupan. Saya buat keputusan betul menerima Shuib sebagai suami dan kini kami bahagia dengan tiga anak.

Shuib banyak mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik berbanding sebelum ini. Sebelum ini banyak hal saya harungi tetapi Shuib sangat penyabar, penyayang dan prihatin tentang apa jua saya lakukan.

Tidak kami nafikan Siti Sarah melakukan persembahan yang agak memukau meskipun sudah lama tidak menyanyi. Kami harap minggu ini, Siti Sarah masih dapat mengekalkan mutu persembahannya.

Sumber Berita : Mangga Media

Serius Abang Nara dah jatuh cinta dengan applikasi MANIS yang super duper awesome ini. Kalau selama ini lepas bershopping, makan di kedai dan beli barang dapur, resit resit yang diberi entah hilang ke mana, tapi sejak ada applikasi MANIS nie, semuanya Abang Nara simpan elok elok untuk di”snap”.

 photo Manis V3 2.jpg

Kenapa nak kena “snap”? Sebab bila resit itu di”snap” dengan applikasi MANIS dalam masa 24jam, kita akan dapat mata ganjaran/point. Tak kira la makan kat kedai mamak ke, beli susu kat 99speedmart ke, pergi karaoke ke, asalkan ada resit, kita boleh dapat point. Semua jenis pembelian boleh digunakan untuk kumpul point, janji resit tu bercetak dan bukan bertulis!

 photo Manis V3 5.jpg

Point point ini bila dah banyak akan boleh diredeem untuk beli topup, shopping voucher, tiket movie dan macam macam lagilah. Selain itu dari masa ke masa, akan ada offer menarik yang akan sentiasa ditawarkan menerusi applikasi MANIS yang boleh didapati di App Store dan Google Play.

 photo Manis V3 8.jpg

Power kan? Abang Nara sekarang tengah gigih snap semua resit yang ada untuk kumpul point. Secara tak langsung, Abang Nara dapat keep track berapa banyak perbelanjaan yang digunakan setiap hari. Memang sambil menyelam minum air.

Silalah download applikasi MANIS ini sekarang jugak agar anda tidak terlepas peluang mengumpul sebanyak mana point yang boleh. Selamat mencuba!


Comments are closed.

Loading...