Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Sarah Tenang Walaupun Shuib Sepahtu Sering Digoda Peminat Wanita

Mengakui suaminya, Shuib Sepahtu sering menerima pelbagai pesanan daripada peminat wanita di laman sosial serta sering berdepan dengan godaan peminat wanita, penyanyi Siti Sarah walaubagaimanapun tetap tidak melatah dan menyifatkan ia adalah salah satu perkara yang harus dihadapi apabila bergelar selebriti.  Menurut Siti Sarah, beliau juga pernah berhadapan dengan situasi Shuib digoda di depan matanya sendiri.

Advertisement

Kalau hendak dikirakan bab kacau mengacau ini, memang banyak perempuan yang hantar pesanan di laman sosial. Tapi bagi saya itu lumrah dunia artis. Perkara biasa sahaja. Tak risau pun sebab Shuib akan tunjuk kalau ada wanita yang hantar pesanan berunsur godaan.

Saya juga pernah berhadapan situasi Shuib digoda peminat wanita di depan mata. Tapi saya bukan jenis bising sebab saya percaya kepada jodoh. Kalau itu milik saya, jadi Tuhan akan kekalkan dia sebagai milik saya. Saya bukan jenis serang orang.

Kepercayaan didalam perhubungan rumah tangga itu amat penting apatah lagi jika berhadapan dengan situasi seperti yang Siti Sarah lalui. Apa-apa pun, kami mendoakan agar rumah tangga mereka berdua kekal sejahtera sehingga ke akhir hayat. Amin..

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama