Mengakui suaminya, Shuib Sepahtu sering menerima pelbagai pesanan daripada peminat wanita di laman sosial serta sering berdepan dengan godaan peminat wanita, penyanyi Siti Sarah walaubagaimanapun tetap tidak melatah dan menyifatkan ia adalah salah satu perkara yang harus dihadapi apabila bergelar selebriti. Menurut Siti Sarah, beliau juga pernah berhadapan dengan situasi Shuib digoda di depan matanya sendiri.
Kalau hendak dikirakan bab kacau mengacau ini, memang banyak perempuan yang hantar pesanan di laman sosial. Tapi bagi saya itu lumrah dunia artis. Perkara biasa sahaja. Tak risau pun sebab Shuib akan tunjuk kalau ada wanita yang hantar pesanan berunsur godaan.
Saya juga pernah berhadapan situasi Shuib digoda peminat wanita di depan mata. Tapi saya bukan jenis bising sebab saya percaya kepada jodoh. Kalau itu milik saya, jadi Tuhan akan kekalkan dia sebagai milik saya. Saya bukan jenis serang orang.
Kepercayaan didalam perhubungan rumah tangga itu amat penting apatah lagi jika berhadapan dengan situasi seperti yang Siti Sarah lalui. Apa-apa pun, kami mendoakan agar rumah tangga mereka berdua kekal sejahtera sehingga ke akhir hayat. Amin..