Siti Sarah Syukur Shuib Selesai Jalani Siasatan SPRM

Hiburan

Siti Sarah Syukur Shuib Selesai Jalani Siasatan SPRM

Melihat suaminya, pelawak Shuib Sepahtu selesai memberi keterangan berhubung kes pengubahan wang haram kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, penyanyi dan usahawan terkemuka tanah air kini seakan mampu menzahirkan rasa syukur.

Siti Sarah Syukur Shuib Selesai Jalani Siasatan SPRM

Advertisement

Menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, Sarah dilhat tampil berkongsi foto dirinya bersama Shuib di hadapan bangunan SPRM sambil tersenyum.

“Alhamdulillah syukur…Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,”

Namun begitu, Sarah memaklumkan kerjasama yang diberikan mereka kepada pihak SPRM adalah sebagai tanda mereka menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Kami menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya melafazkan ucapan syukur buat kedua pasangan itu di atas perkhabaran tersebut.

Siti Sarah Syukur Shuib Selesai Jalani Siasatan SPRM

Terdahulu kecoh di seleuruh media sosial selepas pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi tadi.

Siti Sarah Syukur Shuib Selesai Jalani Siasatan SPRM

Malah, pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata Nana Mohamad Rom selaku Pengarah Urusan Indigital Music, hanya Shuib sahaja yang memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Sarah sekadar menemani.

Untuk rekod, siasatan kes berkenaan kini difahamkan dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...