Negara sudah semakin maju dan kita bakal memasuki tahun 2020, namun isu ‘body shaming’ di Malaysia semakin menjadi-jadi. Lawak tentang bentuk fizikal seseorang ataupun termasuk sebagai salah satu kategori buli.
Baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah meluahkan rasa kecewa apabila bentuk fizikal hidungnya terus menjadi bahan kutukan netizen. Sarah berkata sudah lebih 30 tahun dia menjadi mangsa buli dan menganggung penderitaan itu.
“Nak saya tukar hidung ke baru tak hina saya?”
Sarah menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik ‘screenshot’ komen seorang netizen yang mempersendakan hidungnya. Sedih dengan segala kutukan, Sarah turut mengatakan adakah dia perlu mengubah ciptaan Allah SWT baru orang akan berhenti menghinanya.
Budaya ‘body shaming’ ini sepatutnya tidak wujud. Orang yang dipersendakan itu boleh menghadapi kemurungan yang melampau dan akhirnya boleh membawa kepada bunuh diri. Jadi, fikirlah terlebih dahulu sebelum berkat-kata, janganlah sehingga mengguris hati seseorang.

aku
December 30, 2019 at 5:36 pm
Setiap bentuk kejadian di muka bumi ni cantik dalam maksudnye yang tersendiri. tak perlulah nak hina2 orang…tu hodoh..ni buruk…tu ni tak kena. Semua tu diciptakan oleh Yang Maha Pencipta, so tak perlulah sibuk sangat nak persoalkan. Bersyukur apa yang kita ada. Kalau arini kita hina orang…kutuk orang…esok lusa kita tak tau apa akan jadi pada kita. Jangan pulak esok bila benda tu dah berbalik pada diri sendiri baru nak menyesal. Banyak lagi benda lain dalam dunia ni yang perlu diberi perhatian. Stop body shaming!!! Kata nak negara maju ke depan tapi camne negara nak maju kalau rakyatnya makin mundur :) *just my 2cents*
JERNIH HEIGHTS SDN BHD
December 30, 2019 at 3:03 pm
aku pun hidung cmtu, kena gak cacian, dah nama nya manusia ada je nak dipersendakan
benci
December 30, 2019 at 1:45 pm
hidung SS ni cantik per… bodoh yang bercakap tu…
Anonymous
December 30, 2019 at 1:41 pm
i rasa hidung die cute je hahaha apa lah masalah manusia ni T_T
feldegast
December 30, 2019 at 1:06 pm
Yang komen tu cantik/hensem sangat ke? Nak tengok gak.