July 9th, 2019

Tidak dinafikan baru-baru ini, rata-rata netizen terhibur dengan kejutan Siti Sarah yang menghias motosikal Ysuku Shuib penuh dengan manik dan bunga.

Bagaimanapun, “drama” mereka mula berlebihan sehingga ada yang sudah mula rasa meluat dengan “lakonan” pasangan ini. Sanggup meraih publisiti untuk jumlah tontonan tinggi.

Memberikan komen mengenai isu tersebut, Sarah berkata dia sedikit pun tidak pernah memaksa netizen untuk menonton apa yang dimuat naik. Kalau tidak suka, netizen boleh sahaja sekat akaun Instagramnya.

Apabila orang ada IG memang berhak untuk komen tapi saya sarankan kalau dah sampai sakit hati tengok, lebih baik berhenti mengikuti akaun laman sosial saya. Sebab ia toksik untuk awak.

Apa yang saya buat, saya gembira dan kalau saya gembira, buat awak tak suka, baik sekat sahaja IG saya. Jangan biarkan diri sendiri terseksa tengok orang lain. Sebab anda semua ada pilihan untuk menentukan untuk lihat atau tidak.

Tambah Sarah lagi, dia dan Shuib tidak terlalu terbuka berkongsi kisah rumah tangga mereka kepada umum. Mereka berdua tahu batasnya dan apa yang dikongsikan hanya sebahagian sahaja daripada kehidupan mereka.

Sumber Berita : mStar Online


15 responses to “Siti Sarah Minta Netizen ‘Block’ IG Jika Meluat Tonton Kisahnya Dan Shuib”

  1. hahahaha says:

    over… next plsss

  2. Anonymous says:

    over… next plsss

  3. bong cit says:

    start lagi meluat biler buat kiki…dh tua mak org bajet ko baya hana delisha ke..ingat comel la tergedik2 joget? dlm ig kemain edit..nak tnya madu sarang tu original ke bab ada tgk org buat tiruan cm kayu block…rege mak ai…

  4. Chicken Wing says:

    Paling aku meluat bila bini suka kontrol laki dia. Jerit2 atau marah2 laki dpn khalayak, ehhh mmg tak boleh hadamlh, ni bkn perangai seorang muslimah ni perangai Musang Queen lbh baik jadi Musang King durian mmg sedap nau2…Mahal pun Mahal

    *** Ok dh blog ig kau kemek.

Loading...