January 5th, 2017

Semalam,  penyanyi Siti Sarah diuji dengan perkara yang sangat hebat apabila anak kedua, Zakira Talita Zahra hilang di pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Hati ibu mana yang tidak gusar apabila anak mereka hilang. Anak Siti Sarah dipercayai mengikut orang yang tidak dikenali sehingga keluar daripada bangunan pusat membeli belah ke stesen monorail.

Siti Sarah sempat berkongsi detik cemas berkenaan di akaun Instagram miliknya dan mengakui apa yang berlaku adalah silapnya sendiri.

Cinta hati ibu Semalam satu pengajaran dalam hidup saya .. Zakira talita zahra hilang di sebuah komplax membeli belah d kuala lumpur!

Ianya hanya perlukan 5 saat untuk terjadi.. Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa org nk ckp. Nk kta ikat kucing ke, ikat …… ke, janji ank ibu tak hilang. Bila saya tnya Talita ckp “Talita ikut org baik”. Walaupun sblm ni puas saya ingatkan anak2 supaya jgn ikut org yg tidak dikenali, tp mereka hanyalah anak kecil.

Siapalah saya utk beri peringatan, tp bermula dr kes inilah saya akan mngikat anak saya tanpa saya peduli apa org nk kata. Janji anak2 saya selamat. Kalau ada yg jual harness tu tolong bagi tau kat sini … Terima kasih kepada puan Aisyah staff monorel yg manjaga Talita.

Apa yang berlaku menjadi pengajaran bukan sahaja buat Siti Sarah tetapi ibu bapa diluar sana juga. Zaman sekarang, macam-macam perkara yang boleh berlaku dan jangan sesekali mengabaikan anak anda ketika berada diluar.

Sumber Berita : Instagram Siti Sarah


Comments are closed.

Loading...