Siti Sarah Hamil, Ibu Shuib Sepahtu Pula Yang Alami Alahan Teruk

Hiburan

Siti Sarah Hamil, Ibu Shuib Sepahtu Pula Yang Alami Alahan Teruk

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang kini hamil anak ke-4 ketika ini difahamkan telah mengalami peristiwa lucu apabila ibu mertuanya turut mengalami alahan teruk gara-gara kehamilan tersebut.

Perkara tersebut dikongsikan suami kepada Siti Sarah, pelawak Shuib ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Indigital Music di 10grams, Puchong baru-baru ini.

Advertisement

Ujar Shuib, ibunya ada membuat panggilan telefon dan dalam nada yang berang dan turut mengadu badannya kini berasa lemah dan tidak lalu makan.

“Ada satu hari ibu saya telefon. Dengan nada marah-marah dia pesan jangan susahkannya. Rupanya ibu beritahu dia selalu muntah dan tak ada selera makan. Saya terkejut apabila dia turut mengalami alahan teruk ketika Sarah baru hamil. Lama juga, lebih kurang sebulan dia alami benda itu.”

Sementara itu, Sarah yang turut ditemui berkata bahawa dia tidak menyangka ibu mertuanya turut melalui perkara yang sama sepertinya sepanjang kehamilan tersebut.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini juga sempat  bercerita bahawa ketika mengandungkan anak yang terdahulu, dia tidak dapat makan dengan betul dan hanya boleh menjamah buah oren sahaja. Anehnya pada ketika itu, ibu mertuannya juga mengalami perkara serupa seperti dirinya.

“Namun, alahan itu sudah kembali pada saya, tapi tidaklah seteruk dulu. Kali ini saya boleh bekerja dan rajin untuk berbuat sesuatu..” akhiri Sarah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...