Dikecam Hina Orang Asli, Siti Sarah Bakal Adakan Sidang Media Khas Jawab Isu Tersebut

Hiburan

Dikecam Hina Orang Asli, Siti Sarah Bakal Adakan Sidang Media Khas Jawab Isu Tersebut

Kelmarin kecoh di laman media sosial apabila video penyanyi Siti Sarah mempromosikan syampu menerima kecaman ramai dek mengeluarkan bait ayat yang seperti menghina masyarakat orang Asli.

Daripada klip video tersebut, wanita tersebut menceritakan mengenai kebaikan produk berkenaan seperti mampu mengurangkan bau busuk pada rambut namun ia menimbulkan rasa kurang netizen apabila ayat gurauannya seperti menghina komuniti tersebut.

Advertisement

“Jadi, walau bertudung kena datang tempat ini, sebab kalau buka aib, rambutnya dah macam Orang Asli.”

Disebabkan ayat gurauannya itu yang tidak sensitif, klip itu kini sudah menerima ribuan ciapan selain diiringi komen netizen yang menyelar kata-kata tidak sensitif Siti Sarah itu.

Mungkin digasak oleh orang ramai, pihak Siti Sarah mendedahkan bahawa mereka bakal mengadakan sidang media khas mengenai isu ini. Meskipun masa dan lokasi belum ditetapkan lagi tetapi ia bakal berlangsung pada Isnin akan datang.

“Sekarang, kami masih lagi mencari lokasi yang sesuai untuk memudahkan wakil media hadir bagi membuat liputan sidang media itu.”

Wakil Siti Sarah iaitu Nana daripada Indigital menyatakan bahawa mereka dan Siti Sarah memandang serius mengenai hal ini dan mahu menyelesaikannya secepat mungkin.

siti sarah dikecam hina orang asli

Bahkan dengan mengadakan sidang media tersebut, Siti Sarah dapat memberi penjelasan pada setiap soalan media dan dalam masa yang sama tidak perlu menjawab satu persatu soalan kerana ianya adalah lebih merumitkan.

Sama-sama kita nantikan penjelasan lebih lanjut daripada tuan empunya badan sendiri.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...