July 13th, 2015

Siti Saleha kini muncul bersama Aaron Aziz di dalam sebuah drama yang bertajuk ‘Cinta Paling Agung’. Seperti biasa isu yang paling hangat sekarang ini adalah lakonan babak intim antara pelakon wanita dan pelakon lelaki di dalam drama. Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga telah mengeluarkan had aksi-aksi yang boleh dipertontonkan selepas kritikan daripada orang ramai terhadap drama Dia Isteri Luar Biasa dan juga M.A.I.D.
aaron aziz

Daripada gambar-gambar yang mula disebarkan untuk promosi drama Cinta Paling Agung ini, nampaknya memang ada adegan-adegan intim dan romantis antara Aaron Aziz dan Siti Saleha iaitu hero serta heroin drama ini. Ditanya sejauh mana dirinya membataskan aksi-aksi sebegitu di dalam lakonannya, Siti Saleha menjawab:-

Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa. Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi

aaron aziz

Setiap pelakon mempunyai pandangan yang berbeza tentang lakonan masing-masing. Namun diharap dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh LPF, pihak pengarah terutamanya tidak mengekploitasi para pelakon ketika melakonkan babak-babak intim. Banyak cara untuk menunjukkan keromantikan antara suami isteri di dalam drama. Tidak semestinya kena berpeluk, angkut bini naik ke katil atau peluk sana sini. Semoga akan ada perubahan dan perkembangan positif di masa akan datang. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.

P.S: Jordan Yeoh, abam sado jual durian


Comments are closed.

Loading...