Nama Siti Saleha tidak asing lagi didalam industri lakonan tanah air, telah dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2014 yang lalu, aktres ini dikatakan sudah mula berlagak diva dan demand.
Siti Saleha didakwa telah mengenakan bayaran untuk menghadiri sidang media yang membabitkan dirinya sebagai pelakon. Â Produksi televisyen RTM merasa agak kecil hati apabila pengurusan Siti Saleha bertanyakan soal bayaran tersebut.
Walaubagaimanapun, ketika dihubungi Siti Saleha menepis tuduhan tersebut dan meminta agar peminat dan pihak tertentu untuk tidak menghakiminya atas keputusan yang tidak dibuat oleh dirinya.
Saya bermula dengan RTM sebagai pelakon. Malah sudah lima keenam kali saya berlakon drama di bawah siaran RTM. Pelik pula jika ada dakwaan sebegitu.
Saya kurang pasti apa motifnya. Jangan pantas menjatuhkan hukuman hanya kerana pengurusan saya pernah menolak tawaran tertentu. Memang sebelum ini ada tawaran berlakon untuk RTM tapi saya sudah terikat dengan produksi lain.
Tak adil untuk terus meletakkan kesimpulan sebegitu. Mengenai kononnya saya meminta bayaran untuk sidang media itu memang tak benar sama sekali. Tak pernah wujud hal berkenaan. Saya sendiri jenis ringkas dan berani bersumpah tak pernah melakukan hal seperti yang didakwa itu.
Buat Siti Saleha beliau tidak merasa pelik jika dituduh sedemikian dan sudah terbiasa dengan keadaan tersebut kerana sebelum ini ada pihak yang cuba menjatuhkannya.
Sejak saya berlakon drama Nora Elena lagi dahulu, ada pihak yang sanggup mengeluarkan gambar lama saya yang bertujuan mahu menjatuhkan. Jadi saya rasa bukan sesuatu yang pelik jika ada dakwaan negatif sebegini timbul.
Untuk seseorang artis itu menghadiri sidang media ia terkandung didalam aktiviti seharian mereka. Jadi agak tidak wajar untuk meminta bayaran daripada penganjur yang pernah menaikkan nama mereka. Dengan penjelasan oleh Siti Saleha ini, harapnya tiada pihak yang memandang serong terhadap beliau lagi. Seeloknya selidik dahulu sebelum menuduh.