Siti Saleha & Kamal Adli Kembali Bersama Dalam Black Musim 2

Branded

Siti Saleha & Kamal Adli Kembali Bersama Dalam Black Musim 2

Banyak sangat layan movie sampai tak tahu nak tengok cerita apa lagi masa Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP). Tapi siri yang Ohmedia dan ramai tunggu-tunggu tahun ini adalah siri Black musim 2 yang dibawakan oleh perkhidmatan penstriman popular Viu dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.

Fuhh! Mesti korang masih ingat dengan siri pertama BLACK yang dilancarkan pada akhir tahun 2019 kan? Siri ini diadaptasi dari drama popular Korea dengan tajuk yang sama terbitan CJ ENM Korea dan untuk versi tempatan mereka telah berjaya menggabungkan mitologi alam Melayu menjadikan siri ini lebih menarik dan sesuai ditonton dengan kepercayaan orang Malaysia.

Ingat lagi tak dengan Detektif Borhan lakonan Khir Rahman? Kasar tapi kelakar, buat hal betul, haha!

 

Black Musim 2 mula ditayangkan pada 10 Jun 2021

Black Musim 2 yang hanya boleh ditonton secara eksklusif di Viu pada 10 Jun 2021 dan dibarisi pelakon berkaliber tinggi seperti Kamal Adli (Black, Detektif Malik, 444), Siti Saleha (Sofia), Nabila Huda (Aisya), Khir Rahman (Detektif Borhan), Zoey Rahman (Lokman Nazir), Namron (Kapten Amirul) dan ramai lagi pelakon hebat tanah air.

Menariknya, jika sebelum ini hanya 8 episod dikeluarkan untuk siri pertama, kali ini Black Musim 2 hadir dengan 10 episod dengan durasi 1 jam setiap episod. Pastinya lebih menarik dan mendebarkan.

Sinopsis siri Black Musim 2

Black  Musim 2 masih menceritakan tentang Black (Kamal Adli) yang merupakan makhluk Bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mengesan rakannya yang menjadi buruan dan dipercayai bersembunyi di dalam tubuh manusia.

Untuk membolehkan dia hidup di dunia manusia, Black menghuni badan Malik, seorang detektif yang telah meninggal dunia dan tanpa sedar dia sebenarnya sudah terperangkap dalam kehidupan duniawi Malik dan jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Sofia (Siti Saleha).

Sofia memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang termasuk melihat bayang orang Bunian dalam tubuh manusia. Dengan kelebihan masing-masing, Black dan Sofia membuktikan mereka pasangan yang sempurna dan berjaya mendedahkan banyak kes yang melibatkan pembunuhan, termasuklah membongkar rahsia besar yang pernah dilakukan oleh Aisya (Nabila Huda), kekasih Detektif Malik.

Trailer Black Musim 2 lebih mendebarkan!

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viu Malaysia (@viumalaysia)

Pergh! Apa agaknya yang terjadi dekat Sofia dan Lokman Nazir tu sampai terkurung dalam bilik sejuk? Jom tengok siri Black dekat Viu sekarang!

Black musim 1: https://viu.onelink.me/2978865499/2ceda4d1.

Black musim 2: https://blacks2.onelink.me/65ET/a9632f43

Belum ada aplikasi Viu? Jangan risau, muat turun aplikasi Viu ni dekat App Store dan Google Play Store. Ohmedia syorkan korang langgan jer Viu ni pada harga serendah RM12.90 dan kalau nak lagi murah boleh tengok offer menarik untuk korang naik taraf kepada Viu Premium user di sini.

Lepas tu, boleh la layan drama BLACK versi Malaysia, K-Drama dan semua drama serta filem terbaik yang ada dekat negara-negara Asian ni. Serius best!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...