Siti Saleha Belum Terdesak Untuk Berkahwin

Hiburan

Siti Saleha Belum Terdesak Untuk Berkahwin

Selepas abangnya, Sam Bunkface mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu kini adik bongsu kepada pelakon terkenal Siti Saleha, Siti Rohana pula dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada awal tahun depan.

Advertisement

Mengakui hatinya sedikit terusik apabila abangnya kini mempunyai kehidupan baru bersama kakak ipar dan juga adik bongsunya yang  bakal mengikut jejak langkah Sam, Siti Saleha bagaimanapun tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan.

Buat apa terburu-buru menamatkan zaman bujang sedangkan saya tidak pasti sama ada pasangan saya itu adalah calon yang terbaik. Bukankah lebih baik kalau kita menikmati kehidupan ini seadanya.

Jelas Siti Saleha, beliau sama sekali tidak tidak pernah mencemburui darah dagingnya sendiri kerana mereka sudah berkeluarga malah beliau juga tidak pernah merasa tersisih dan enggan menjadikan status bujangnya itu sebagai satu perkara besar yang boleh memisahkan kemesraan mereka adik-beradik.

Berbicara mengenai persiapan beliau menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, Siti Saleha cukup teruja untuk berkumpul di rumah bapanya di Klang, Selangor dan bertemu sanak saudara mereka disana.

Memandangkan sepanjang Ramadan beliau terikat dengan jadual penggambaran drama adaptasi daripada novel Uda dan Dara, Siti Saleha mahu memanfaatkan cuti rayanya pada tahun ini.

Kebetulan tahun ini saya mendapat cuti selama dua minggu. Itu yang membuatkan saya tidak sabar untuk menziarahi sanak saudara. Selalunya selepas beraya di rumah ayah, kami akan sama-sama berkonvoi dari satu rumah ke rumah saudara yang lain.

Tidak perlulah tergesa-gesa untuk berkahwin, kenal dahulu luar dan dalam seseorang sebelum membuat keputusan untuk menghabiskan seluruh hayat anda bersama mereka. Iyalah, kalau boleh kahwin ni kita nak kekal sehingga selamanya dan sebelum melangkah ke alam perkahwinan banyak perkara yang harus kita ambil kira.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...