August 12th, 2013

Secara umum, banyak pihak menganggap hubungan Datuk Siti Nurhaliza dengan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah adalah di dalam keadaan yang tidak baik. Namun begitu, kemunculan sekeping gambar di Instagram yang menyaksikan mereka berdua bersama-sama telah membetulkan persepsi tersebut.

lisa surihani raya

Gambar di atas diambil oleh Asyraf, anak tiri Siti Nurhaliza. Menurut Siti, hubungannya dengan Tengku Zawiyah sudah lama baik. Kata Siti:-

Gambar itu diambil Asyraf ketika Siti beraya di rumah abang Tengku Zawiyah di Kuala Lumpur, pada hari raya pertama. Suami Siti (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) nak menziarah bekas emak mentuanya yang memang berkumpul di sana. Siti pun sudah beberapa kali bertemu dengannya (emak Tengku Zawiyah).

Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik

lisa surihani raya

Anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf juga turut sama teruja berkongsikan gambar kedua-dua ibunya itu. Menurut Asyraf, dia ingin memperbetulkan persepsi orang ramai. Kata Asyraf:-

Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja,

Nampaknya Hari Raya kali ini memang membawa berita gembira untuk mereka yang menyambutnya. Semoga hubungan Siti dan Tengku Zawiyah akan terus kekal mesra sehingga bila-bila. Sama-samalah kita doakan.


Comments are closed.

Loading...