Siti Nurhaliza & Suami Dikompaun RM10,000 Kerana Langgar SOP

Hiburan

Siti Nurhaliza & Suami Dikompaun RM10,000 Kerana Langgar SOP

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza menjadi bualan hangat apabila majlis tahnik anak kedua, Muhammad Afwa didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

4 years ago

Polis Siasat Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

Advertisement

Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan berhubung majlis tahnik selepas menerima satu laporan.

Siti Nurhaliza langgar SOP

Terbaru, Kosmo! melaporkan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di majlis tersebut.

Kompaun sebanyak RM2,000 turut dikeluarkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari. Selain itu, turut dikenakan jumlah kompaun yang sama adalah tiga lagi anak Khalid.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, tiga anak pasangan terbabit serta beberapa individu lain turut dikenakan kompaun berjumlah RM2,000 bagi setiap seorang.

Katanya, kompaun dikenakan selepas mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kertas siasatan. Kegagalan pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal ketika bergambar dan sebagainya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...