Menyambut hari kelahiran yang ke-42 pada hari ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memanjatkan kesyukuran kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bersama keluarga serta peminat tersayang.
Siti yang kini sarat hamil anak kedua turut dilihat mendedikasikan sedikit ucapan istimewa buat peminat serta pengikut setia sempena hari lahirnya itu menerusi akaun Instagramnnya.
Lazimnya, bila tiba hari lahir Siti atau lebih dikenali sebagai Tokti, hampir semua stesen radio akan memutarkan lagu-lagu nyanyian penyanyi kesayangan Malaysia ini menerusi slot khas stesen masing-masing.
Menerusi entri terbarunya itu, dia sempat membuat permintaan agar diputarkan lagu berjudul Basyirah yang dibuat khas untuk para petugas barisan hadapan yang kini sedang berjuang menghadapi COVID-19.
View this post on Instagram
“11 Januari 2021. Alhamdullilah & terima kasih. Saya berterima kasih kepada stesen-stesen radio yang memutarkan lagu-lagu saya dengan slot khas bermula pagi ini. Jika tidak keberatan, saya mohon agar dapat diputarkan lagu Basyirah dari album #ManifestaSITI2020. Lagu yang saya lancarkan sekitar 6 bulan lalu, di mana kita bertungkus lumus menentang Covid19 serta penghargaan saya kepada frontliners serta semua yang sedang berjuang tidak kira sesiapa sahaja.”
Penyanyi lagu Badarsila itu turut memanjatkan doa agar keadaan tanah air semakin pulih daripada bencana alam serta wabak pandemik COVID-19 yang dihadapi kini.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai pengikut serta peminat tampil memberikan ucapan buat bintang tersebut serta doa selamat.
Selamat hari lahir diucapkan buat Datuk Seri Siti Nurhaliza!