Siti Nurhaliza Ramal 5 Penyanyi Yang Bakal Julang Trofi Vokal Terbaik AJL39 – “Mereka Miliki Suara Yang Dahsyat”

Hiburan

Siti Nurhaliza Ramal 5 Penyanyi Yang Bakal Julang Trofi Vokal Terbaik AJL39 – “Mereka Miliki Suara Yang Dahsyat”

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi ramalannya mengenai siapakah yang bakal merangkul trofi Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Ujar Siti, dia mempunyai nama-nama yang dirasakan berpotensi namun perlu menonton kesemua persembahan finalis terlebih dahulu.

Advertisement

Kena duduk dan dengar lagu itu sendiri, baru kita tahu. Kadang-kadang ada lagu yang saya tak ‘familiar’. Juara lagu ada juri profesional dan cara tersendiri. Kalau dahulu juara memang dah dipilih dan dinilai awal.

Cuma persembahan terbaik ia bergantung pada malam tersebut. Trofi vokal terbaik juga begitu.

Berkongsi nama-nama itu, Siti menganggap kesemua finalis memiliki suara dahsyat dan mempesonakan.

Dari sudut berlawan, liga-liga tersebut memang antara Aina Abdul, Nadeera, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Semua mereka memiliki suara dahsyat. Hafiz Suip juga, dia pemegang vokal terbaik.

Semuanya bergantung pada persembahan mereka pada malam itu, kadang mereka tukar arrangement, mood jadi besar hingga nyanyian jadi power lagi. Mereka ada peluang cerah untuk vokal terbaik.

Sekadar info, AJL39 edisi kali ini hanya mempertandingkan 10 buah lagu dan bakal bersiaran langsung di Axiata Arena, pada 16 Februari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rozita che wan anak syurga
2 hours ago

"Beruntung Mereka, Empat Anak Syurga Sudah Menanti Di Sana.." - Rozita Che Wan Titip Kata Semangat Buat Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...