“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko?” – Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Hiburan

“Siti Nurhaliza Pun Belum Tentu Tergamak Jual Semahal Ko?” – Azwan Ali Pertikai Harga Biskut Shuhada

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil mempertikaikan harga biskut ‘Satu Tak Cukup Shelup-Shelup’ yang dijual oleh bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

Difahamkan, Shuhada menjual biskut tersebut dengan harga RM179.00 tidak termasuk kos penghantaran yang bernilai RM15.00.

Advertisement

Menerusi ciapan di laman Twitter, Diva AA turut membandingkan tindakan ibu kepada dua anak itu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza pun belum tentu tergamak jual semahal ko? Muhasabah woii if ko rasa ko ex bini retis top!!

Bukan itu sahaja, pengacara berusia 57 tahun itu sempat menegaskan bahawa dia tidak akan membeli biskut jualan Shuhada.

Sorry Diva AA tak akan beli walaupun Diva AA kaya raya!. GTHH PUII.

azwan

Terdahulu, Shuhada tampil menjelaskan harga biskut itu mencecah RM179.00 kerana ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang premium.

Bukan itu sahaja, dia juga menggunakan jenama coklat mahal selain sos pencicah yang setanding dengan hidangan pencuci mulut di hotel lima bintang.

Harga memang bukan untuk makan sorang. Kuantiti dalam pun boleh share satu keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

satu tak cukup shelup shelup mahal
1 year ago

"Dipping Sauce Kita Bukan Cap Ayam & Murahan" - Harga Biskut Dikritik Mahal, Shuhada Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...