Hari ahad minggu lepas, program Gempak Superstar dimana pelakon dicabar untuk menyanyi telah bersiaran buat pertama kalinya. Ada antara pelakon yang boleh menyanyi dan ada yang tidak begitu menyerlah. Mungkin baru di minggu pertama, jadi ada yang masih nervous.
Namun, nyanyian  lagu Nirmala oleh Nazim Othman mendapat pujian yang agak baik dan bukan sahaja memikat hati penonton tetapi pemilik asal lagu berkenaan, Datuk Siti Nurhaliza.
Nazim menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik pujian Siti Nurhaliza terhadapnya dan mengakui terharu dengan komen yang diberikan oleh penyanyi nombor satu Malaysia itu.
Komen konstruktif dari seorang bintang tersohor yang juga merupakan penyanyi asal lagu Nirmala untuk persembahan saya malam tadi dalam #gempaksuperstar sudah cukup menenangkan hati ini. Terima kasih Dato Siti Nurhaliza. Hanya Allah yang tahu betapa terharunya saya.
Wah, bukan senang hendak mendapat pujian dan komen daripada Datuk Siti Nurhaliza. Harapnya minggu ini Nazim Othman dapat memberikan persembahan yang lebih baik. Sejujurnya dalam program Gempak Superstar kami tidak mempunyai high expectation untuk pelakon-pelakon menyanyi dengan baik.
Apa pula pendapat anda? Siapa agaknya yang anda rasa mempunyai bakat terpendam dalam nyanyian?