Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian apabila memuji bakat salah seorang peserta program realiti baharu Astro, Talk To My Manager, iaitu Auddra Zulkifly atau mesra dipanggil Oddah, anak kepada pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah.
TokTi meninggalkan komen ringkas tetapi penuh makna di Instagram selepas menonton persembahan Oddah dengan menulis, “Boleh pergi jauh Oddah ni,” beserta emoji tepuk tangan.
Menariknya, Oddah bukan sekadar anak selebriti popular, malah turut dianggap sebagai ‘anak angkat’ oleh Siti sendiri kerana hubungan rapat sejak kecil. Sokongan yang diberikan TokTi jelas menunjukkan rasa bangga terhadap pencapaian Oddah.
Dalam episod terbaharu, Oddah berjaya memukau juri dan penonton dengan persembahan bertenaga lagu Like Jennie, sekali gus menerima pujian kerana sebutan bahasa Korea yang jelas serta penghayatan yang mantap. Sharifah Shahirah turut menerima kredit sebagai ‘manager’ yang hebat membimbing anaknya di pentas.
Selain TokTi, ramai selebriti lain juga memberikan sokongan, antaranya Nurul Wahab, Azza Elite, Aisha Retno dan Ajak Shiro.
Program Talk To My Manager, yang mula bersiaran Ahad lalu, menampilkan lapan peserta terdiri daripada anak-anak selebriti tanah air. Antaranya ialah Amad (anak Siti Saerah, anak saudara TokTi), Thalita (anak Shuib), Ara (anak Aziz M. Osman), Hadie (anak Ina Naim), Ammar (anak Ameng Spring), Marsha (anak Liza Hanim) dan Athalia (anak Sharifah Zarina).
Dengan sokongan selebriti ternama termasuk TokTi sendiri, tidak mustahil program ini bakal melahirkan bintang baharu yang mampu mencipta fenomena tersendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.