August 3rd, 2012

Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Datuk Siti Nurhaliza hadir ke majlis Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu. Kehadiran Siti adalah sebagai tetamu jemputan dan beliau telah membuat persembahan ringkas.

siti di kelantan

Namun kehadiran Siti Nurhaliza telah menyebabkan kerajaan Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap semua pihak. Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza berkata kepada Berita Harian yang kontroversi yang muncul tidak menggambarkan apa yang berlaku di majlis tersebut.

Majlis malam itu adalah sempena menyambut perayaan Hari Guru dan diadakan dengan penuh sopan. Saya hadir atas jemputan pihak di sana dan majlis itu juga berkonsep ilmiah. Terus terang, sepanjang berada di majlis itu, persembahannya cukup menenangkan jiwa. Tapi saya faham kerana setiap negeri ada peraturannya. Saya menghormati dan akur dengan keputusan pemerintah di sana.

Kepada peminat Siti di Kelantan, anda tak perlu risau kerana Datuk Siti tidak serik untuk menghiburkan anda sekiranya dijemput ke sana. Datuk Siti telah berjanji yang dia akan tetap pergi jika mendapat undangan dan persembahan mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri. So jangan sedih-sedih ye?


105 responses to “Siti Nurhaliza Perjelas Isu Persembahan Di Kelantan”

  1. ilove terengganu says:

    Apepun terengggnu yg terbaik la.. Tp kesian ct pegi kelate pun jd issue.. Yg heran kalu yg duk berdikir karut bergelek bagai rak tu merata lak di kelate.. Sorry la bkn nk mengata tp hakikat..

  2. Hamba says:

    Tak guna bg penjelasan kat org2 yg dah terjajah dgn pemikiran sekular..rmai sgt kt cni ckp x pkai akai ..aku sykur dgn pemerintahan tok guru..klau nk kutuk negeri kelantan ko duduk dulu kat kelantan..rasa sdr..kaji sblm ckp ..jgn duk baca paper
    utusan ngn tgk tv3 je …lagipun kebanyakn yg kutuk tu ko mmg dah prejudis sejak zmn nenek moyang ko lg kat ng kelantan..dah berkarat otak tu ..ckp apa pun tak guna…

    ~SokongPemerintahanUlamaSampaiMati~

  3. cik pizz says:

    Baca komen org mengaku kelantan dsini,mmg buat malu n pemikiran sempit… Sebok ckp terkaya ter ter, adeh bak kata ko kan..dapat kt ko ke? ?? Klu ckp setakt berisikn amarah tp kosong fakta yg sah, mmg nmpk sgt bodoh,asek2 ulang kaya kaya kaya, dasar hidup berpaksikan dunia bermegahan, tp hakikat dr sendiri berkelana luar kelantan cr rezeki,maaf sy bukn anti kelantan malah sy tabik lg2 peminpinnya,tp tu ar klu bangga tang negeri sndiri xpe tp jgn nk kutuk negeri2 lain,

  4. cik pizz says:

    Mesti aku berlandaskn fakta,sabah jadi mcm tu sbb umno ada dsabah n segala2 nya mesti refer ke k.pusat,sarawak lak kaya ga tp hampir x nmpk pun faedah rakyat sbb korup gila khinzir kepalaknya taib mahmud tersayang.semua pun cahaya mata sarawak pgg d sarawak (cms) sapa pun tau,kelantan mmg x dnafikn pun kaya tp jgn la buduh, sekarang semua fokus kt kelantan sbb pas, apa2 jd kt kelantan esp psl royalti myk,akn efek pd pru 13 nih,selebihnya aku malas nk ngomen ttg politik lg2 d blog nara ni,

  5. anon says:

    banyak org bodo kat sini. Zaman moden telah merosakkan pemikiran orang islam. Kenapa kita hidup kat dunia ni? sebab kite nk kejar akhirat yang kekal abadi. Ke ko nak menyanyi malalak jugak kat akhirat nnt.

Loading...