Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Datuk Siti Nurhaliza hadir ke majlis Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu. Kehadiran Siti adalah sebagai tetamu jemputan dan beliau telah membuat persembahan ringkas.
Namun kehadiran Siti Nurhaliza telah menyebabkan kerajaan Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap semua pihak. Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza berkata kepada Berita Harian yang kontroversi yang muncul tidak menggambarkan apa yang berlaku di majlis tersebut.
Majlis malam itu adalah sempena menyambut perayaan Hari Guru dan diadakan dengan penuh sopan. Saya hadir atas jemputan pihak di sana dan majlis itu juga berkonsep ilmiah. Terus terang, sepanjang berada di majlis itu, persembahannya cukup menenangkan jiwa. Tapi saya faham kerana setiap negeri ada peraturannya. Saya menghormati dan akur dengan keputusan pemerintah di sana.
Kepada peminat Siti di Kelantan, anda tak perlu risau kerana Datuk Siti tidak serik untuk menghiburkan anda sekiranya dijemput ke sana. Datuk Siti telah berjanji yang dia akan tetap pergi jika mendapat undangan dan persembahan mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri. So jangan sedih-sedih ye?