Baru-baru ini, artikel Datuk Siti Nurhaliza di tempat ketiga dalam senarai wanita terkaya Malaysia menjadi viral dan topik perbualan orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan bangga dengan pencapaian beliau. Daripada seorang penyanyi, kini Datuk Siti mempunyai empayar perniagaannya yang tersendiri. Memang power rangers sungguh!
Namun menurut empunya badan, dirinya bukanlah wanita ketiga terkaya Malaysia. Malah aset yang dimiliki bukanlah sehingga RM50 juta seperti yang digembar-gemburkan. Malah artikel tersebut sedikit sebanyak memberi impak dari segi keselamatan kepada beliau. Berikut ialah kata-kata Datuk Siti Nurhaliza:-
Saya terkejut dengan laporan tersebut. Walau macam mana pun, saya berdoa untuk bergelar seorang wanita yang terkaya. Itu impian dan cita-cita. Belum lagi sampai ke tahap itu tapi sedang berusaha ke arah itu.
Andaian mereka itu membuatkan keadaan jadi berbeza, dari segi keselamatan. Iyerlah saya faham kadang-kadang mereka menggambarkan yang hebat-hebat tetapi realitinya biasa-biasa sahaja.
Insya Allah suatu hari nanti Siti Nurhaliza akan betul-betul jadi wanita ketiga terkaya di Malaysia. Malah mungkin boleh terus dapat nombor satu. Rezeki murah Insya Allah. Sama-samalah kita doakan. Semoga perniagaan beliau terus kukuh dan maju. Amin. Sumber Astro Gempak.