Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila individu ternama dikatakan merentas negeri semata-mata menghadiri majlis tahnik Muhammad Afwa, anak kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) majlis yang dianjurkan.

Terbaru, Siti Nurhaliza dan suami menerusi hantaran di Instagram memberi penjelasan mengenai isu yang timbul. Menurutnya, tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Pendakwah bebas berkenaan bersetuju hadir kerana memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis diadakan.


Tambahnya lagi, atur cara majlis dan jumlah tetamu yang hadir mengikuti syarat penganjuran majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama pula, ia bukanlah majlis khas. Datuk Dr Zulkifli hanya singgah menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum bergegas pulang.
Siti Nurhaliza dan suami juga memohon maaf kerana telah menimbulkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Pihaknya juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.
Anonymous
May 3, 2021 at 5:37 pm
1. menteri agama ni bukan ke pernah kena covid? tolong lah beri contoh yg baik, macam mana rakyat nak ikut kalau para menteri tak betul2 ikut SOP
2. orang2 kenamaan/artis selebriti – apasal suka buat lain dari lain, kami rakyat ikut SOP, tapi VVIP asyik mencabar SOP
kayangan duit byk
May 3, 2021 at 4:38 pm
bila keadaan semua org xdibenarkan rentas negeri..artis2 tolong la jaga sikit hati dan perasaan org lain.. org lain kesedihan xdpt balik,xdpt berbuka puasa, xdpt raya dgn keluarga…. korg sedap2 je post buat mjlis kesyukuran, kahwin la.. yg hal bersalin tu pun siap boleh ramai2…sop ni utk semua..xde sop utk artis atau sop utk rakyat marhean mcm kami… semua sama..jadi tolong la jaga byk hati…
anonymous
May 3, 2021 at 3:00 pm
diva suam ketagih attention
Watever
May 3, 2021 at 2:11 pm
Ye la tu…ko kan penyanyi no. 1 NEGARA katanye……
Fatima Alzahra
May 3, 2021 at 1:31 pm
Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama pula, ia bukanlah majlis khas. Datuk Dr Zulkifli hanya singgah menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum bergegas pulang…Datuk Dr. Zul cuti ke….ni hari berkerja siang pulak tu….sebagai penjawat awam..MENTERI AGAMA… boleh ke singgah rumah orang dalam waktu berkerja..kalau tak cuti la..kalau penjawat awam biasa dapat tangkap masuk tatatertib…kenyataan yang memerangkap….lepas cerita SOP lain pulak jadi