Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Nurhaliza Minta Peminat Doakan Datuk K Sembuh Daripada Demam Denggi

Beberapa bulan ini Malaysia mengalami perubahan cuaca yang tidak menentu, ekoran perkara tersebut ada yang berdepan dengan masalah kesihatan serius dan ia boleh menyebabkan nyamuk Aedes juga semakin bertambah.

Advertisement

Baru-baru ini, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ataupun mesra disapa Datuk K telah diserang demam denggi pada saat anaknya Aysraf Khalid melangsungkan perkahwinannya dengan aktres Indonesia.

Meskipun tidak begitu sihat, sebagai seorang bapa Datuk K tetap mahu hadir pada majlis bersejarah anaknya itu dan meminta izin keluar daripada hospital sekejap.

Dalam muat naik Instagram Siti Nurhaliza yang terbaru, beliau meminta agar peminat mendoakan kesihatan suaminya.

My Hero.Dk sebenarnya di tahan di Wad selama 4 hari di sebabkan demam Denggi ..Harini, hari perkahwinan Anaknya @asyrafkhalid dan isterinya @tyaarifinnw ,walaupun doc nasihatkan berehat sahaja di ward tetapi sebagai Ayah tak mungkin tidak berada disisi anaknya.

Advertisement

Suami tetap ke perkahwinan anaknda Asyraf dan saya orang yang paling risau sepanjang Majlis..takut Dk Collapse ..Ya Allah , terima kasih beri kekuatan dan ringankan kesakitan suamiku untuk berada di Majlis yg bermakna ini..sekarang, Saya dan suami balik ke rumah ke2 kami( ward ) buat sementara Dk pulih sepenuhnya…Mohon sahabat semua disini doakan suami saya segera sembuh ye.

Erm memang seksa rasanya kalau terkena demam denggi, lebih-lebih lagi hampir setiap jam darah kita akan diambil untuk mengetahui keadaan semasa. Apa-apa pun harap Datuk K cepat sembuh, mungkin boleh cuba minum ekstrak daun papaya dan sup ketam, kata orang memang mujarab.

Sumber: Instagram Datuk Siti Nurhaliza

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top