March 16th, 2012

Kalau dah namanya Siti Nurhaliza, pasti mahu yang best of the best sahaja. Semestinya wang bukan satu masalah apabila Siti Nurhaliza berhajat untuk mendapatkan khidmat David Foster dan Bruno Mars untuk album Inggeris keduanya. Teruja pula Abang Nara mendengar perkhabaran ini.

siti bruno mars

Album Inggeris pertama Siti Nurhaliza telah pun terjual sebanyak 40,000 unit dan 30,000 secara download untuk singlenya iaitu Falling In Love. Ini satu angka yang sangat memberangsangkan di kala kesuraman penjualan album di negara kita. Untuk makluman, anak tiri Siti Nurhaliza, Adib Khalid sudah pun mengadakan perbincangan pada peringkat awal untuk mendapatkan khidmat David Foster dan Bruno Mars. Kata Siti Nurhaliza:-

lbum kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi. Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa. Harap-harap apa yang dirancang akan menjadi kerana bukan senang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti David Foster.

Abang Nara berdoa agar perancangan Datuk Siti Nurhaliza ini menjadi kenyataan. Bukan senang untuk melihat artis Malaysia mendapat khidmat komposer-komposer antarabangsa yang terkenal seperti David Foster. Kalau dapat pastinya album Inggeris kedua Datuk Siti akan laris macam pisang goreng panas. Kredit berita Mstar.


106 responses to “Siti Nurhaliza Mahukan David Foster Dan Bruno Mars”

  1. me myself says:

    belasah je la ct!janji ada duit..mariah carey pun ko bleh berduet!

  2. KRU adalah artis pertama Malaysia yang mendapatkan khidmat David Foster untuk album The way we jam. Kalau DCT berjaya,dia adalah artis kedua.

  3. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    pakai lah simply ct pasti tk nampak tua kulit halus dn tk berjerawat lagi …..ha itu lah rahsia siti….

  4. Naziman says:

    Datuk siti ni macam tak pandai tua kan..cute ja di tengok selalu..sdap hati tengok..

  5. ct payung says:

    lagu omputih dia pon jrng2 main kt hitz f.m…x agak2 la dia ni.mmg x sedar diri…jgnla kasi malu org melayu ct oiiii….nanti dh siap album no 2 ni jgn lupa bayar la ek kat bruno n d. foster tu..wachaaaaaa!

    • blabla says:

      Org melayu mmg pun tak tau malu..kejanya mengumpat, mendengki, mencarut..tgk bangsa lain tak ada pun sikap mcm ni..itu sbb mereka maju…melayu oh melayu knp lah ko jd bangsa paling low class..dgn sikap negatif dan iri melihat kemajuan bangsa nya sndri..

    • kiki says:

      kalau bukan cerita pasal siti kau pun mengutuk gak. same je.kalau kau tak kaki kutuk, kau takkan bukak blog gossip

Loading...