November 13th, 2015

Alhamdulillah. Kalau sebelum ini ada penafian daripada Siti Nurhaliza sendiri tentang kehamilannya, namun menurut sumber yang terdiri daripada ahli keluarga penyanyi tersebut, usia kandungan Siti Nurhaliza sudah pun berusia 2 bulan. Kemungkinan besar kerana kehamilan ini masih di peringkat awal menyebabkan Siti Nurhaliza enggan berkongsi berita gembira ini dengan para peminatnya. Biasalah tue. Awal-awal kehamilan memang tak baik nak dihebahkan.

SITI NURHALIZA HAMIL 2 BULAN

Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, Siti Nurhaliza dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016. Menurut sumber yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat penyanyi nombor 1 Malaysia itu, berita gembira ini telah dimaklumkan beberapa hari sebelum perkahwinan Asyraf Khalid. Kata sumber:-

Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.

Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kan­dungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini.

Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua. Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan.

siti nurhaliza

Pastinya berita ini bukan sahaja satu berita yang dinanti-nanti oleh Siti Nurhaliza dan Datuk K, tetapi turut sama disambut dengan perasaan teruja oleh para peminatnya. Siti Nurhaliza juga didakwa tidak akan terbang ke Palembang untuk majlis resepsi perkahwinan Asyraf Khalid atas nasihat doktor. Untuk makluman, ketika konsert di Istana Budaya, penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan. Apa pun, tahniah atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan lancar sehingga ke hari kelahiran. Sama-sama kita doakan. Sumber Utusan Online.


Comments are closed.

Loading...