Siti Nurhaliza Dilabel ‘Mengada’ Ketika Lahirkan Aafiyah, Tunku Azizah Tegur Netizen – “Saya Yang Kongsi Cerita Dengan Media, Bertenang”

Hiburan

Siti Nurhaliza Dilabel ‘Mengada’ Ketika Lahirkan Aafiyah, Tunku Azizah Tegur Netizen – “Saya Yang Kongsi Cerita Dengan Media, Bertenang”

Sebelum ini, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ada berkongsi kisah mengenai penyanyi Siti Nurhaliza hampir kehilangan nyawa ketika melahirkan anak sulungnya.

Perkongsian tersebut difahamkan telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen yang melabel penyanyi itu sebagai mengada-ngada dan ‘kecoh’.

Advertisement

Komen kecam CTDK

Ala orang lain beranak 10 orang pun tak kecoh. Ni baru beranak Siti Aafiyah nak kecoh satu Malaysia, mengada-ngada macam dia sorang je beranak susah kat dunia ni.

Berikutan itu, Tunku Azizah tampil mempertahankan Siti yang tidak semena-mena dikecam gara-gara perkongsiannya itu.

“Bertenang, bukan Siti yang beritahu wartawan, saya yang berkongsi cerita dengan mereka.” titahnya.

Tunku Azizah menulis komen demikian menerusi satu hantaran komen kecaman netizen di TikTok.

Terdahulu, Baginda berkongsi cerita mengenai proses kelahiran anak sulung penyanyi tersohor itu yang berdepan komplikasi sehingga dapat meragut nyawanya.

Siti masih hidup hari ini adalah keajaiban. Dia tidak pernah beritahu sesiapa, saya ceritakan kepada anda. Siti hampir kehilangan nyawa melahirkan Aafiyah.

Sekadar info, Siti turut menjalani rawatan IVF untuk anak keduanya iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia 3 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Laudya Cynthia Bella didakwa jadi isteri ketiga pendakwah terkenal
5 months ago

"Bersyukur Jika Benar.." - Laudya Cynthia Bella Didakwa Sudah Bergelar Isteri Ketiga Kepada Pendakwah Terkenal?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...