Kehamilan Dato’ Siti Nurhaliza adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh hampir kesemua rakyat Malaysia. Mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006. beberapa khabar angin yang tidak benar tentang kehamilan beliau sebelum ini sudah pun dinafikan oleh penyanyi nombor 1 Malaysia ini. Terbaru, berita kehamilan ini disampaikan oleh anak lelaki tiri Siti, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu.
Perkhabaran ini dikuatkan lagi apabila Siti Nurhaliza memuat naik sekeping gambar susu kambing dan kurma di laman sosial Instagram miliknya. Seperti yang kita ketahui, kombinasi minuman ini digemari ibu mengandung kerana mempunyai banyak khasiat.
Rata-rata para peminat sudah mula mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkhabaran ini adalah benar. Walaupun begitu, Dato’ Siti Nurhaliza kini sedang sibuk membuat persediaan untuk konsertnya dan masih belum memberikan sebarang kepastian. Sama-sama kita doakan dan nantikan. Sumber Berita Harian.