October 24th, 2017

Setelah 22 tahun menceburi bidang nyanyian secara profesional, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi di Instagramnya bahawa Sultan Pahang telah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) kepadanya, yang membawa gelaran Datuk Seri.

Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama , Bangsa , Negeri & Negara Patik.. Menjunjung Kasih Tuanku ..Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang .. #daulattuanku #alhamdulillah

Ini ialah satu lagi berita gembira buat Siti setelah mengumumkan kehamilannya selepas 11 tahun melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Antara selebriti lain yang mendapat darjah kebesaran dan pingat bersempena hari keputeraan Sultan Pahang hari ini ialah Datuk Eizlan Yusof yang juga kini bergelar Datuk Seri, serta pelakon Adiputra mendapat gelaran Datuk. Tahniah diucapkan! – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...