Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siti Nurhaliza Cari Masa Sesuai Untuk Umumkan Berita Tentang Kehamilannya

Sudah lama penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga tetapi beliau masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.  Ramai yang menantikan dan berdoa agar satu hari beliau boleh menjadi ibu.

Advertisement

Semalam khabar angin yang menyatakan beliau kini sudah hamil selepas anak tirinya Asyraf Khalid mengakui perkara tersebut di majlis perkahwinan beliau 2 November lepas menjadi viral di media sosial.

Peminat serta pengikut Siti Nurhaliza di Instagram tidak putus mengucapkan tahniah kepada beliau dan ada yang ingin mengetahui apakah berita ini benar.

Mengetahui isu tersebut, Siti Nurhaliza yang baru sahaja tamat melangsungkan Konsert Satu Suara Vol 2 malam tadi memberitahu wartawan beliau masih lagi mencari waktu yang sesuai memberikan komen mengenai berita tersebut.

Tidak mengakui ataupun menidakkan berita kehamilannya, Siti Nurhaliza juga mohon agar doa serta ucapatan peminatnya itu menjadi kenyataan.

Jika berita ini benar ia tentu satu perkara yang cukup menggembirakan bukan sahaja buat Siti Nurhaliza dan keluarga tetapi peminatnya juga. Semoga kali ni memang ada rezeki  beliau untuk menimang cahaya mata.

Sumber Berita: Hlive

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top