“Siti Nurhaliza Calon Paling Tepat Biduanita Negara, Lenggok Dia Tiada Siapa Boleh Lawan” – Jennifer Thompson

Hiburan

“Siti Nurhaliza Calon Paling Tepat Biduanita Negara, Lenggok Dia Tiada Siapa Boleh Lawan” – Jennifer Thompson

Maestro muzik ternama, Jennifer Thompson menganggap penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai individu paling tepat untuk menggondol gelaran Biduanita Negara selepas Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Siti layak pegang gelaran Biduanita

Ujar Jennifer, antara nama lain yang dirasakan layak menggalas gelaran berprestij itu adalah seperti Ziana Zain dan Jaclyn Victor.

Advertisement

Sekarang tengah hangat isu siapa Biduanita seterusnya. Saya rasa semua yang dalam ni (live) tahu jawapannya. Yang paling layak untuk gelaran tersebut adalah Siti Nurhaliza.

Kita ada yang lain juga seperti Ziana Zain, Jaclyn Victor dan ramai lagi yang hebat tetapi bila bercakap mengenai biduanita, sememangnya satu gelaran berat.

Senjata rahsia Siti adalah ‘lenggok’

Tambahnya lagi, senjata rahsia Siti adalah terletak pada ‘lenggok’ yang diwarisi sejak dari kecil.

Senjata rahsia Siti Nurhaliza sudah pasti dia punya lenggok dan perkara tersebut daripada keluarganya ketika membesar. Mungkin ibunya pandai bergurindam sebab lenggok Siti tiada siapa boleh lawan.  Tiada yang boleh tandingi lenggokan dia.

Sekadar info, gelaran Biduanita Negara telah diwarisi Allayarham Saloma pada tahun 1978 dan setelah kematiannya, ia dianugerahkan kepada Allahyarhama Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syafiq Kyle
8 months ago

"Kami Masih Berkawan, Untuk Berkata Lebih Saya Tak Berani" - Syafiq Kyle Titip Doa Buat Mimi Lana Ketika Umrah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...